Saturday, 27 July 2019

#Hiburan: Hadiah Hebat Berjumlah RM95,000 Menanti Anda Dengan Menyertai Pertandingan Fotografi OPPO Ini


OPPO akan menganjurkan satu pertandingan fotografi yang diberi nama “Beyond Your Vision Photography” untuk mempamerkan kehebatan telefon pintar OPPO Reno serta membangkitkan lagi daya kreativiti dan semangat mereka yang suka mengambil gambar. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori iaitu Story of The World, Story of Creativity, Story of The Night, Story of People dan Story of Patriotism untuk memudahkan para peserta memilih kategori yang ingin disertai. Untuk makluman, pertandingan ini adalah ekslusif buat pengguna OPPO sahaja dan pemenang untuk setiap kategori akan membawa pulang sebuah OPPO Reno FC Barcelona Edition dengan 10x Hybrid Zoom.

1

Sekiranya ada merupakan pengguna telefon pintar OPPO, ini adalah masa terbaik untuk anda mencuba nasib dengan menunjukkan bakat anda mengambil gambar. Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu membidik apa sahaja gambar berdasarkan 5 kategori di atas menggunakan telefon OPPO (jangan lupa untuk hidupkan watermark OPPO), muatnaik ke Instagram, dan tulis caption tentang OPPO Beyond Your Vision dengan hashtag #BeyondYourVisionwithOPPO #OPPORenoSeries #theme. Peraduan ini berlangsung dari 22 Julai sehingga 21 Ogos. Jadi anda ada masa lebih kurang sebulan untuk menghantar gambar terbaik anda di sini

2

Ok jom kita tengok contoh gambar yang diambil oleh duta OPPO sendiri iaitu Neelofa dan host/penyampai berita, Owen Yap menggunakan OPPO Reno 10x zoom. Gambar-gambar ini diambil menggunakan wide angle, kehebatan 10x zoom dan juga fungsi Ultra Night Mode.

3

a. 10x Hybrid Zoom
Oppo Reno 10x zoom adalah teknologi baharu yang dicipta dengan struktur 3 kamera yang mengandungi lensa telephoto, lensa ultra-wide-angle dan kamera utama yang menyokong sehingga 60x Hybrid Zoom. Dengan 3 lensa kamera, Oppo Reno 10x Zoom mempunyai solusi “Ultra-Wide Angle + Ultra Clear Master + Telephoto” untuk memastikan kesemua gambar yang anda ambil adalah berkualiti tinggi.

4

b.Wide angle
Reno 10x Zoom mempunyai 120 darjah Ultra Wide Angle yang memberikan perspektif lebih luas untuk komposisi gambar yang lebih awesome.

5

6

c. Ultra Night Mode
Membolehkan anda mengambil gambar dengan tahap kecerahan dan keperincian yang melangkaui mata manusia. Tiada sebarang kekaburan dan gambar adalah sangat jelas dan tepat walaupun kekurangan cahaya.

7

Gambar di atas menunjukkan langkah-langkah untuk anda menyertai peraduan Fotografi Oppo ini.

Ok jom kita tengok contoh-contoh gambar untuk setiap kategori. Barulah korang ada idea sikit kan?

1. Story of The World
Kini anda boleh gunakan fungsi “wide angle” untuk mengambil gambar dari sudut yang lebih luas. Baru la cantik kan ala landscape photographer gitu? Pastikan anda tidak lupa menggunakan hashtag #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofTheWorldxOPPOmy apabila anda memuat naik gambar-gambar di Instagram.

8

9

Gambar kredit kepada: Leister Soon (@leiister_soon)

2. Story of Creativity
Uji tahap kreativiti anda dengan ciri-ciri 10x Hybrid Zoom dengan OPPO Reno. Zoom habis-habis gambar tak pecah langsung. Baru la puas hati. Kalau anda memang yang suka fungsi zoom, jangan lupa, apabila anda memuat naik gambar ke laman Instagram, gunakan hashtag ! #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofCreativityxOPPOmy

10

Gambar kredit kepada: Leister Soon (@leiister_soon)

3. Story of The Night
Pasti ramai di antara pembaca Beautifulnara ini yang kerap keluar waktu malam untuk bersantai, terutamanya pada hari minggu. Malangya, ramai antara kita juga yang selalu sakit hati apabila ingin mengambil gambar menggunakan “night mode”. Mana taknya, nak ambil gambar je, mesti grainy . Tetapi, dengan OPPO Ultra Night Mode ini, anda pasti tidak akan mengalami masalah sedemikian lagi. Yang suka ambil gambar waktu malam tu, ingat, gunakan hashtag #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofTheNightxOPPOmy apabila anda memuat naik gambar ke Instagram.

11

Gambar kredit kepada: Siva (@siva_wwc)

4. Story of People
Kalau anda nak tahu OPPO memang cukup terkenal dengan fungsi “portrait mode” mereka. Tengok je gambar, pasti anda tahu kenapa. Alang-alang dah suka ambil gambar portrait tu, anda boleh sertai peraduan mereka dengan memuat naik gambar-gambar portrait ke Instagram menggunakan hashtag #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofPeoplexOPPOmy

12

13

Gambar kredit kepada: Wg Sam (@wg_sam)

5. Story of Patriotism
Last but not least, rakyat Malaysia pasti cintakan negara kan? Mana taknya, dah membesar dekat Malaysia sambil menyaksikan segala jenis perkembangan dari segi infrastruktur dan macam-macam lagi. Kalau anda nak tahu, peraduan OPPO ini akan berlangsung hingga ke bulan Ogos, atau lebih dikenali sebagai bulan kemerdekaan. Anda boleh mengambil gambar menggunakan “dazzle mode”mengikut tema patriotik ataupun kemerdekaan. Jangan lupa gunakan hashtag #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofPatriotismxOPPOmy

14

15

Gambar kredit kepada: Grey Chow (@grey1217)

Hadiah-hadiah yang ditawarkan

Pemenang untuk setiap kategori – OPPO Reno FC Barcelona Edition dengan 10x hybrid zoom berharga RM3,999 (5 hadiah kesemuanya)

16

Special Jury Prize: Jam tangan Coros Pace GPS Multi-sport

10 pemenang untuk Excellence Rewards : : OPPO O-Free
15 hadiah saguhati: Beg OPPO x Barcelona

Pemenang akan diumumkan pada 22 Ogos 2019 menerusi laman web OPPO  dan juga Facebook OPPO Malaysia. Untuk makluman, 3 jurugambar professional iaitu Zung Ninja, Keda Z dan Alex Tan akan diberi tanggungjawab untuk memilih pemenang.

17

Cara Untuk Menyertai
Selain daripada Instagram, anda juga boleh menyertai peraduan ini menerusi 9 platform yang berbeza mengikut kategori yang anda berkeyakinan. Platform-platform ini turut memberikan hadiah berbeza untuk para pemenang di platform masing-masing. Jadi anda boleh dapat banyak lagi hadiah-hadiah ekstra dari OPPO. Ini senarai platform yang disediakan khas untuk anda:-

1. Sin Chew
Hadiah yang ditawarkan ialah 1x OPPO Reno, 2x OPPO F11 Pro, 1x OPPO O-Free, 1x jam tangan Coros Pace, 10x beg Barcelona, 10x payung dan 15x tumbler. Maklumat lanjut klik sini

2. Oriental Daily
Hadiah yang boleh anda bawa pulang ialah 1x OPPO Reno, 1x OPPO F11 Pro, 1x OPPO O-Free, 4x beg Barcelona dan 10x payung. Maklumat lanjut di sini

3. Berita Harian

18

Maklumat penuh klik sini

4. Era FM

19

Ha di atas ialah hadiah yang anda boleh menangi kalau masuk contest ini melalui portal Era. Maklumat lanjut klik laman rasmi Era

5. Lazada & Shopee

20

Untuk kedua-dua laman membeli-belah ini, hadiah utama yang anda boleh menangi ialah OPPO Reno FC Barcelona Edition dengan 10x Hybrid Zoom. Fuh!!! Boleh check maklumat lanjut di Shopee dan Lazada.

6. Zing Gadjet, Wiser & Technave
Untuk ketiga-tiga laman web teknologi ini, anda boleh membawa pulang 1x OPPO Reno FC Barcelona Edition, 1x beg Barcelona dan 3x payung. Untuk maklumat lanjut, sila klik link Zing Gadjet, Wiser dan Technave.

OPPOxKLPF Exhibition

Selepas pemenang diumumkan, gambar-gambar tersebut akan dipamerkan di Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) yang akan berlangsung di VivaHome Exhibition. Para pemenang akan dijemput hadir untuk menerima hadiah mereka ketika pameran ini berlangsung. Selain itu, para pemenang juga akan diminta untuk memberikan tips-tips yang digunakan ketika mereka mengambil gambar menggunakan telefon pintar OPPO.

OPPO Ultimate Award

Para pemenang menerusi sosial media dan platform-platform yang terbabit kemudiannya akan bertanding sekali lagi untuk merebut hadiah wang tunai bernilai RM3,000 (tempat pertama), RM2000 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga). Pihak OPPO dan 3 juri professional akan memilih gambar yang mereka rasa “the ultimate” untuk membawa pulang wang tunai ini. Fuh!!!

Jadi tunggu apa lagi? Serlahkan bakat mengambil gambar anda di pertandingan OPPO Beyond Your Vision ini. Maklumat lanjut layari laman rasmi OPPO

Last but not least, korang mesti nak tahu kan perbezaan di antara OPPO Reno dan OPPO Reno 10x Zoom? Ha, untuk memudahkan anda, di sini Abang Nara kongsikan meja perbandingan kedua-dua telefon OPPO ini. Senang sikit anda nak faham kan?

21

Tepuk dada tanyalah selera dan pilihlah mana satu telefon pintar OPPO yang anda inginkan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment