Saturday, 13 July 2019

#Hiburan: Erra Fazira Dan Shahir Sudah Putus Cinta


Status hubungan rapat antara primadona Erra Fazira dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi akhirnya terjawab apabila Erra mengumumkan mereka telah pun berpisah sejak Januari lalu.

Erra tidak berasa kecewa dan redha dengan apa yang berlaku. Sehingga hari ini kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik sebagai rakan biasa.

Tidak dinafikan, Erra dan Shahir sebelum ini mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi tiada jodoh antara mereka. Erra bagaimanapun tidak berkongsi secara lanjut mengenai punca hubungan mereka berakhir.

Kami dah ‘move on’ dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik dan kami masih berkawa tapi tiada lagi hubungan istimewa. Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan.

Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila? Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh tiada.

Hati mana yang tidak terluka jika sudah diberi harapan untuk membina mahligai bahagia tetapi ia hanya sekadar janji manis sahaja. Apa-apa pun, kami harap Erra terus tabah dan inshaAllah satu hari nanti pasti akan ada bahagia lain buatnya.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment