Wednesday, 17 July 2019

#Hiburan: DSV Letak Berlian Dalam Keropok, Aishah Dakwa Dirinya Dihina


Baru sahaja kita mendengar berita kemelut antara penyanyi Aishah dan Datuk Seri Vida sudah selesai, kini timbul pula isu baharu.

Aishah mendakwa tindakan DSV yang mempamerkan dan meletakkan dua berlian bernilai RM27,100 dan RM12,920 di dalam balang keropok sebelum diserahkan kepadanya adalah satu penghinaan.

Saya hanya minta hak, tapi diperlekehkan sebegitu rupa. Kasihankan menjadi artis? Anda sendiri boleh tengok keikhlasan orang. Pernah ke orang bagi barang tapi letak dalam kerepek dulu dan campak.

Bagi saya ini penghinaan dan diperlekehkan. Dari awal lagi saya dan suami dikatakan tidak menyempat mahu memilih barang kemas sedangkan jadual padat dan masa itu saja yang ada. Tak perlu nak perlekehkan macam kita tak pernah jumpa berlian.

Menurut Aishah, dia tidak tahu menahu mengenai sidang media yang diadakan oleh DSV. Pada masa yang sama, Aishah turut menafikan dirinya terdesak untuk memiliki berlian tersebut.

Hari ini memang tarikh akhir penyerahan barangan kemas seperti yang dipersetujui pada sesi mediasi. Lagi satu, kami pergi ke kedai emas ini selepas mediasi kerana petang itu kami memang berkelapangan.

Saya nak jumpa peguam pun masing-masing sibuk, jadi kami terus ke sana. Bukan pasal kami lahap sangat barang ini. Lagipun bukannya dapat ambil terus. Saya difahamkan, baru hari ini dia menyelesaikan bayaran iaitu hari terakhir ikut perjanjian.

Terdahulu, DSV menerusi satu sidang media khas semalam menunjukkan berlian dan barangan kemas bernilai RM80,000 yang dipilih sendiri oleh Aishah sebelum diserahkan melalui peguamnya di sebuah kedai emas di Bangsar. Jutawan kosmetik itu sempat  membuat gimik apabila memasukkan dua berlian ke dalam balang keropok.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment