Wednesday, 3 July 2019

#Hiburan: Drama Dayus, Bagi Contoh Tak Baik – Netizen Kritik Drama Bukan Cinta Aku


Drama Bukan Cinta Aku karya Erma Fatima dibintangi barisan pelakon Malaysia dan Indonesia iaitu Janna Nick, Baim Wong dan Syafiq Kyle telah pun berakhir semalam.

Meskipun mendapat sambutan hangat, ada juga segelintir penonton yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita drama ini.

Kata mereka, ia menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat apabila watak Riana masih mencintai dan obses dengan kekasihnya Arjuna, walaupun sudah berkahwin dengan Tengku Isma. Apatah lagi, Riana sering sahaja memarahi Isma dan tidak pernah menghargai ataupun melayani suaminya itu dengan baik.

Pengakhiran drama tersebut juga mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang melabelkan Bukan Cinta Aku drama sampah.

Tidak mudah melatah, Erma menerusi akaun Instagramnya menyatakan dia menerima segala kritkan dengan hati terbuka.

Instagram Photo

Mungkin mesej yang cuba disampaikan terlalu mendalam. Bukan semua orang mampu memahami maksud tersirat. Apa pula komen anda yang menonton drama ini, betul ke pengakhirannya mengecewakan?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment