Monday, 22 July 2019

#Hiburan: Datuk Seri Vida Bakal Saman Netizen Komen Melampau


Dikala ramai yang menyangka nama Datuk Seri Vida akan reda buat seketika selepas kemelut berlian palsu yang sudah berakhir, kini  nama jutawan kosmetik itu kembali hangat diperkatakan .

DSV memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang meninggalkan komen melampau di akaun Instagramnya.

Amaran itu dimuat naik menerusi Insta Stories, memaparkan beberapa komen netizen yang bakal menerima notis saman daripada pihaknya.

Terdahulu, DSV dikecam teruk atas tindakannya yang dikatakan memperlekehkan penyanyi Aishah apabila mempamerkan dan meletakkan dua berlian bernilai RM27,100 dan RM12,920 di dalam balang makanan ringan sebelum diserahkan kepada penyanyi itu. 

Sumber Berita : Kosmo Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment