Monday, 8 July 2019

#Hiburan: Chef Wan Dikecam Netizen, Dakwa Peneroka Felda Malas?


Baru sahaja dilantik sebagai Ikon Anak Felda, Chef Wan telah mencetuskan kontroversi dengan melontarkan kritikan pedasnya terhadap golongan peneroka Felda yang dikatakan malas bekerja, serta menyamakan golongan berkenaan seperti kucing.

Chef Wan menerusi akaun Instagramnya juga meluahkan rasa ‘muak’ dengan sikap peneroka yang enggan berusaha membantu diri sendiri ke arah yang lebih baik dan hanya mengharapkan bantuan dari kerajaan.

Pada masa yang sama, dia turut membuat perbandingan dengan tanah-tanah pertanian di luar negara yang dibangunkan dengan baik.

Kenyataan Chef Wan itu mengundang kemarahan ramai terutama sekali peneroka Felda. Rata-rata netizen menyifatkan dia tidak sepatutnya membangkitkan isu tersebut yang agak sensitif untuk dibicarakan.

Respon Chef Wan selepas dikecam

Bagaimanapun, menurut Chef Wan apa yang beliau katakan itu sudah disalah tafsir. Namun, masyarakat juga harus menerima kenyataan sememangnya ada sesetengah peneroka bersikap sedemikian.

Ahad lalu, Chef Wan yang merupakan generasi kedua Felda dinobatkan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019. Chef Wan menerima pengiktirafan tersebut daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar. Rompin, Pahang.

Sumber Berita : Utusan Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment