Tuesday, 2 July 2019

#Hiburan: Bekas Isteri PU Abu Kongsi Wajah Anak


Selepas pelbagai dugaan yang ditempuhi, bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini dikurniakan anugerah terindah apabila selamat melahirkan seorang bayi lelaki bulan lalu.

Kini, genap sebulan melahirkan anak sulungnya, Ain menerusi akaun Instagramnya memuat naik video berkongsi wajah puteranya itu yang diberi nama Muhammad Adam Aysar.

Keceriaan wajah bayi comel itu memikat hati ramai. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Ain dan mendoakan agar Adam Aysar menjadi anak yang soleh. Ada juga yang memberikan kata-kata semangat agar Ain terus kuat dan tabah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal membesarkan anaknya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Ain dan PU Abu mendapat perhatian ramai apabila pendakwah bebas itu menceraikan wanita itu ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan memilih seorang janda anak satu sebagai teman hidup baru.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment