Monday, 1 July 2019

#Hiburan: Baru Habis Berpantang, Netizen Terkejut Hanis Zalikha Kembali Langsing Dan Lawa


Umum mengetahui pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka, Alisa Aisyah pada 24 Mei lalu.

Tidak sampai dua bulan bersalin, netizen terkejut melihat penampilan terbaru Hanis yang sangat cepat kurus dan semakin lawa persis anak dara. Memang sangat mengagumkan, tidak seperti seorang yang sudah mempunyai dua orang anak.

Ramai cemburu dan teringin sekali untuk mengetahui apakah rahsia Hanis mendapatkan bentuk badan langsing dalam masa yang singkat.

Menjawab segala persoalan netizen, Hairul menerusi ruangan komen mendedahkan isterinya itu sangat berdisiplin dari segi diet sepanjang tempoh berpantang.

Kagum betul dengan Hanis, memang perlukan dedikasi dan disiplin tinggi untuk mengawal diet. Hasilnya dia lebih anggun dan cantik.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment