Wednesday, 31 July 2019

#Hiburan: 53 Minit Tersekat Dalam Kesesakan Lalu Lintas, Tahukah Anda Aktiviti Apa yang Boleh Dilakukan Dalam Tempoh Itu?


Rakyat Malaysia makin banyak yang menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas, rata-rata dari kita juga sudah tahu berapa banyak masa yang terpaksa dihabiskan di jalan raya hampir setiap hari.

Sebabnya, kebanyakan kita terutamanya yang bekerja di bandar-bandar sudah lama merasai keperitannya terpaksa ‘berjuang’ mengharungi kesesakan jalan raya setiap kali pergi dan pulang bekerja.

Perjalanan yang mengambil masa 30 minit kadangkala mengambil masa dua jam untuk sampai ke pejabat dan rumah walaupun menetap dan bekerja di sekitar Lembah Klang.

Sebenarnya ini adalah satu pembaziran masa yang anda tidak sedar sebenarnya. Masa yang dihabiskan dalam kesesakan jalan raya sangat berguna untuk kehidupan kita seharian tetapi nak buat macam mana, ini memang tidak dapat dielakkan ketika memandu di Malaysia.

Kita tersekat dalam kesesakan lalu lintas 53 minit

Menurut satu kajian pada tahun 2017, pemandu kereta di Malaysia tersekat di dalam kesesakan lalu lintas selama 53 minit setiap hari.

Tetapi tahukah anda, masa yang anda gunakan ketika dalam kesesakan lalu lintas setiap hari itu bersamaan dengan aktiviti yang kita sering lakukan pada hari itu.

Dalam masa 53 minit apa yang boleh diselesaikan oleh seorang individu?

Sebungkus nasi lemak dibungkus 30 saat

Seorang mak cik nasi lemak yang sudah pakar mampu membungkus satu nasi lemak dalam masa 30 saat sahaja.

Dalam masa 53 minit, seorang penjual nasi lemak mampu membungkus 106 bungkus nasi lemak setiap hari untuk dijual kepada pembeli.

Kehebatan capaian internet 4G Digi

Sebagai peminat Kpop anda boleh menonton muzik video kumpulan Kpop kegemaran anda seperti Blackpink sebanyak 15 kali dalam tempoh 53 minit dengan internet yang menjanjikan kelajuan tanpa tersekat-sekat.

Digi membolehkan anda menonton sebarang video klip tanpa menghabiskan masa menunggu ia ‘loading’. Anda hanya perlu tekan butang play sahaja dan terus menari sambil menyanyi lagu Blackpink.

Dalam satu saat seramai 3 orang bayi dilahirkan

Seramai 3 orang bayi telah dilahirkan dalam masa 1 saat di dunia ini. Ini bermaksud 180 orang bayi akan dilahirkan dalam 1 minit. Jadi semasa anda tersekat dalam kesesakan jalan raya setiap hari selama 53 minit, seramai 9,540 orang bayi telah dilahirkan di atas muka bumi ini.

65,000 gambar dimuatnaik ke Instagram

Setiap bulan, jumlah pengguna aktif Instagram adalah seramai 1bilion. Separuh daripada pengguna aktif telah menggunakan aplikasi ini setiap hari. Dalam satu minit pengguna Instagram yang aktif akan memuatnaik 65,000 keping gambar ke dalam Instagram.

Bukan itu sahaja, jika anda turut memuatnaik gambar anda semasa tersekat di lalu lintas, anda juga adalah salah seorang penyumbang 3,445,000 gambar yang telah dimuatnaik dalam akaun Instagram untuk tempoh 53 minit ini.

Maka, apa pilihan yang kita ada? Mahu atau tidak, terpaksa harung sajalah jalan raya yang sesak itu dengan perasaan yang bukan seronok pun membuang masa dalam kereta. Ia tentulah tidak sama macam membuang masa di pusat beli-belah.

Lebih-lebih lagi bila mendengar celoteh deejay radio yang adakalanya boleh menambahkan stress cuba berjenaka, tetapi tidak lawak pun, dan dia seorang saja ketawa.

Jadi jangan stresskan minda dan emosi anda. Harungilah setiap hari dengan berhati-hati dan memandulah dengan cermat.

Siapa sahaja yang suka buang masa?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment