Tuesday, 11 June 2019

#Hiburan: Umie Aida Dedah Dikhianati Sahabat Baik, Netizen Mula Kaitkan Nama Erra Fazira?


Semalam, pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida telah memuat naik beberapa luahan mengejutkan menerusi akaun Instagramnya.

Umie mendedahkan dirinya dikhianati oleh seorang sahabat baik. Biarpun tidak menyebut sebarang nama, Umie nyata kecewa dan terkilan dengan perbuatan sahabatnya itu yang sudah melukakan hatinya.

Umie turut menempelak individu tersebut dengan menyatakan betapa murahnya nilai sebuah persahabatan. Kerana wang ringgit, musnah segalanya.

Pendedahan Umie itu mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga ada netizen yang membuatkan kesimpulan sendiri dan mendakwa Erra Fazira sebagai individu yang dimaksudkan.

Umum mengetahui, Umie dan Erra mempunyai hubungan yang erat dan akrab. Malah,  kedua-dua sahabat ini juga sudah saling tidak mengikuti antara satu sama lain  di Instagram.

Sumber Berita & Foto : Forum CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment