Monday, 10 June 2019

#Hiburan: (TAHNIAH)Azrinaz Mazhar Hamil 6 Bulan


Jutaan tahniah diucapkan kepada bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Selebriti jelita ini mengesahkan yang kandungannya kini telah mencecah usia 6 bulan. Ini adalah kehamilan ketiga dan  yang pertama menerusi perkahwinan keduanya dengan Fairos Khan Abdul Hamid. Untuk makluman, mereka berdua telah mendirikan rumahtangga pada 11 Mei 2018.

azrinazAzrinaz juga turut memaklumkan yang dia berjaya hamil tanpa menggunakan bantuan teknologi moden. Kata Azrinaz:-

Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur saya sudah melepasi peringkat kedua kehamilan. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian yang amat saya kasihi. Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.

Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, tidaklah semudah 11 tahun lalu. Diharapkan semoga kandungan yang berusia enam bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian supaya bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

azrinaz

Pastinya Azrinaz dan suami amat teruja dengan berita ini. Sama-sama kita doakan agar kesemuanya berjalan lancar dan semoga bayi yang dilahirkan bakal menyerikan lagi kehidupan mereka berdua. Tahniah sekali lagi!!!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment