Wednesday, 19 June 2019

#Hiburan: Syafiq Kyle Nafi Sembunyi Hubungan Cinta Bersama Mimi Lana


Ramai hati wanita diluar sana yang kecewa apabila pelakon kacak Syafiq Kyle mengakui sedang hangat bercinta dengan aktres, Mimi Lana. Siapa sangka, mereka sudah empat tahun menjalin hubungan.

Mula lah ada pihak yang mempersoalkan mengapa Syafiq ingin berahsia tentang kisah cintanya sedangkan ia perkara baik. Jelas Syafiq, dia tidak pernah pun menyembunyikan hubungan cintanya itu.

Saya tak sorok kisah cinta saya. Sembunyikan pun tidak. Cuma, saya tak pernah kongsikan kisah peribadi kerana tiada apa yang perlu dihebahkan. Sebenarnya, ramai yang tahu saya menjalin hubungan dengan Mimi. Tahun ini usia hubungan kami memasuki tahun yang keempat.

Cuma, jika ada yang mahu menggandingkan kami dalam satu sesi fotografi, kami agak keberatan kerana tak banyak perkara yang boleh dikongsikan.  Melainkan jika kami digandingkan dalam satu naskah, barulah ada perkara yang boleh diperkatakan nanti.

Tidak dinafikan populariti Syafiq sedang melonjak naik dan sering membintangi beberapa drama hits, kata orang, bila dah ada kekasih ini saham akan jatuh, bagaimanapun Syafiq tidak berpendapat sedemikian.

Apa-apa pun, kita doakan kebahagiaan Syafiq dan Mimi. Semoga ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin. Sama cantik, sama padan.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment