Wednesday, 26 June 2019

#Hiburan: Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Bercerai


Khabar angin tentang pergolakan rumah tangga pelakon popular dari Korea Selatan iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akhirnya terjawab apabila Song Joong Ki telah memfailkan permohonan cerai terhadap Song Hye Kyo.

Berita itu diumumkan sendiri oleh peguam yang mewakili Song Joong Ki dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Song Joong Ki juga turut menyampaikan pesanan melalui peguamnya itu dimana dia memohon maaf kepada semua peminat mereka dan menjelaskan ingin berpisah secara baik.

Saya minta maaf kepada semua peminat kami,  saya telah memutuskan untuk bercerai dengan Song Hye Kyo. Daripada saling mencela dan berdebat tentang siapa yang harus disalahkan, saya berharap dapat menyelesaikan isu perceraian ini secara baik.

Bibit cinta antara pasangan ini mula timbul apabila sama-sama membintangi drama popular Descendants Of The Sun. Mereka kemudiannya berkahwin pada 31 Oktober 2017.

Sejak tahun lalu, khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka bertiup kencang apabila Song Hye Kyo beberapa kali dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya.

Sumber Berita : ALL KPOP


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment