Wednesday, 26 June 2019

#Hiburan: Song Hye Jyo Dan Song Joong Ki Bercerai Kerana ‘Perbezaan Personaliti’


Menyusul pengumuman Song Joong Ki bahawa dia telah memfailkan perceraian, Song Hye Kyo telah menerbitkan satu kenyataan melalui agensinya.

Pada 27 Jun, peguam Joong Ki menyatakan yang pelakon itu telah mengambil langkah-langkah pertama untuk memfailkan perceraian terhadap isterinya Song Hye Kyo. Dia juga menerbitkan kenyatan rasmi meminta maaf kepada semua peminat dan menyatakan hasrat untuk berpisah secara baik.

Tidak lama kemudian agensi Song Hye Kyo United Artists Agency (UAA) Korea memberi respons kepada berita itu bagi pihak aktres tersebut. Wakil agensi itu menyatakan:

Punca perceraian ialah perbezaan personaliti. Dan disebabkan mereka berdua tidak dapat menyelesaikan masalah perbezaan ini, keputusan bercerai terpaksa diambil. Kami berharap anda semua memahami bahawa kami tidak dapat mengesahkan dengan lebih lanjut maklumat perpisahan mereka atas dasar menghormati kehidupan mereka berdua. Sebagai tambahan, kami menggesa anda semua agar tidak membuat komen berbentuk spekulatif mengenai perpisahan mereka.

Wakil itu menambah:

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo memang benar mencinta satu sama lain dan berkahwin setelah pertemuan melalui ‘Descendants of the Sun’. Selepas berkahwin, mereka menjadi renggang kerana jadual kerja yang lebih sibuk dan perbezaan personaliti, yang seterusnya menyebabkan perceraian ini.

Wakil firma guaman yang mewakili Song Joong Ki pula berkata bahawa keputusan mereka untuk bercerai ialah keputusan bersama.  – beautifulnara.com via Soompi


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment