Thursday, 27 June 2019

#Hiburan: Sering Hadir Acara Di Luar Negara, Kilafairy Nafi Ditaja ‘Sugar Daddy’


Sering menghadiri pelbagai acara eksklusif di luar negara, ada netizen yang mula mencetuskan spekulasi kononnya pelakon Kilafairy ditaja seseorang ataupun ‘sugar daddy’. Kata mereka, Kilafairy sudah lama tidak berlakon, bagaimana pula boleh kerap ke luar negara?

Namun, Kilafairy menafikannya dan enggan terlalu ambil pusing dengan tuduhan itu. Katanya, dia sudah lali dengan segala komen serta kritikan negatif netizen.

Kita tidak boleh tutup mulut orang sebab mereka tetap akan cakap apa yang mereka mahukan tapi sebenarnya semua acara dan majlis yang saya hadiri mewakili Malaysia. Setiap syarikat yang menjemput itu sendiri yang menaja segalanya. ‘Sugar daddy’ nak selit pun dah tak ada tempat.

Saya dah biasa dengan kritikan negatif dan terlalu biasa sangat sehinggakan saya hanya mampu gelak dan biarkan sahaja.

Dalam pada itu, Kilafairy juga tidak mahu memberi komen berlebihan berhubung isunya menggayakan pakaian bercorak kulit ular sawa ketika menghadiri sebuah acara di New York baru-baru ini. Padanya, tidak menjadi kesalahan untuk memakai pakaian yang dia rasakan selesa.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment