Monday, 17 June 2019

#Hiburan: Sebab Itu Aku Cakap Dia Punca, Aku Takkan Rampas Your Truly Rock Star – Nabila Huda Tempelak Ibu Tirit


Siapa sangka ucapan manis bersempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini daripada aktres Nabila Huda buat bapa tercinta, penyanyi rock,  Amy Search bertukar pahit apabila ibu tirinya pula memuat naik kenyataan berbaur sindiran.

Pada awalnya, Nabila atau mesra dengan panggilan Abil memuat naik video kenangannya bersama Amy berserta ucapan penuh luahan rindu untuk meluangkan masa bersama bapanya selepas hampir tiga tahu mereka tidak bertemu.

Bagaimanapun Nourish memberitahu Amy tidak menyambut hari bapa meskipun berjiwa  ‘rock star’.

Abil sangat kecewa dan berang dengan tindakan ibu tirinya itu dan mendakwa wanita itu adalah punca hubungannya dan penyanyi rock itu renggang.

Perkongsian Abil mendapat sokongan netizen termasuklah juga rakan-rakan artis yang mendoakan agar dia kekal tabah dengan dugaan yang melanda. Mereka turut berharap agar satu hari nanti Abil dapat berbaik semula dengan bapanya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment