Monday, 24 June 2019

#Hiburan: Seandainya Perpisahan Adalah Terbaik Buat Kami, Saya Redha – Fizo Omar


Spekulasi rumah tangga selebriti Fizo Omar dan Mawar Karim sudah lama dikatakan sedang berantakan selepas kedua-duanya menyambut Aidilfitri secara berasingan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Fizo memberitahu isteri dan anaknya tidak dapat beraya bersama kerana bapa Mawar ketika itu sedang sakit.

Gosip mengenai pasangan ini semakin hangat diperkatakan selepas Mawar dikatakan sudah mendapatkan khidmat peguam untuk menyelesaikan masalah mereka.

Pelbagai spekulasi liar mula timbul tetapi Fizo tampil menafikan bahawa kehadiran orang ketiga adalah puncah rumah tangganya berantakan.

Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya. Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya.

Kata Fizo, masalah mereka sebenarnya tidak begitu serius dan sudah pun berbincang secara baik untuk menyelesaikannya pada bulan Ramadhan lalu. Dia agak terkejut apabila mendapat berita Mawar sudah bertemu dengan peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment