Wednesday, 19 June 2019

#Hiburan: Sam Bunkface Sah Bercerai


Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga penyanyi Sam Bunkface bersama isterinya, Aida Azira Hussin akhirnya terjawab selepas mereka sah bercerai pada Januari lalu.

Mahligai rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu musnah disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka. Aida berkata keputusan tersebut dibuat atas keputusan bersama dan direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.

Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing. Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu.

Menurut Aida, pengumuman ini dibuat bagi mengelak berlakunya kekeliruan jika ramai yang beranggapan mereka masih suami isteri.

Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama.

Aida dan Sam mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment