Thursday, 20 June 2019

#Hiburan: Nazim Othman Akui Sunyi, Tapi Tidak Terdesak Cari Pengganti


Masih lagi solo sedangkan bekas isterinya, Bella Dally sudah berkahwin semula, ramai juga yang tertanya pelakon Nazim Othman tidak teringin untuk mencari pengganti?

Nazim tidak menafikan kadang-kala hatinya terasa sunyi, tetapi Nazim tidak mahu terburu-buru mencari cinta dan biarlah jodohnya hadir sendiri tanpa paksaan.

Saya sudah boleh membiasakan diri dengan kehidupan solo ini, jadi tiada istilah terdesak untuk mencari pengganti. Alhamdulillah, jika ada. Jika tidak, saya masih bahagia. Tidak rasa terhina pun bergelar duda kerana apa yang penting, saya tidak menyusahkan sesiapa.

Dalam pada itu, Nazim memberitahu dia tidak merasa tertekan apabila bekas isterinya bertemu pengganti. Malah, tumpang gembira kerana Bella sudah bertemu dengan seorang lelaki yang boleh membahagiakannya.

Tidak mengapalah Nazim, inshaAllah satu hari nanti akan ada jodoh yang sesuai buat anda. Apa yang penting, jangan pernah berhenti berdoa. Cinta sejati yang tulus ikhlas akan hadir sendiri tanpa paksaan.

Sumber Berita : Kosmo Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment