Friday, 21 June 2019

#Hiburan: Minta Maaf, Belum Dapat Bagi ‘Baby’ – Ucapan Menyentuh Jiwa Izzue Islam Buat Isteri


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam sering berkongsi momen indah dan manis bersama isteri, Awin Nurin di media sosial. Umum mengetahui, betapa dia menghargai dan mencintai teman bidadarinya itu.

Terbaru, Izzue telah menyentuh hati netizen apabila memuat naik ucapan syahdu bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran isterinya.

Izzue akui betapa dia bersyukur dikurniakan seorang isteri yang dapat menerima kekurangannya dan memohon maaf kepada Awin kerana gagal memberikan zuriat.

Rata-rata netizen tersentuh dengan bait-bait yang ditulis oleh Izzue, mereka berdoa agar pasangan ini kekal bahagia sehingga jannah dan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata satu hari nanti.

Izzue dan Awin berkahwin pada 2 Jun 2013 dan sehingga hari ini cinta dan kasih sayang mereka tetap utuh.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment