Monday, 24 June 2019

#Hiburan: Kekasih Hadiahkan Ruhainies Jam Tangan RM17,000


Kisah cinta pelakon Ruhainies dan kekasihnya Mr E memang sering mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini, kecoh juga netizen bercakap mengenai jam tangan jenama Dior yang dipakai pelakon itu berharga RM17,000.

Ruhainies akui itulah harga sebenar jam tangan tersebut yang dihadiahkan oleh buah hatinya pada tahun lalu bersempena dengan hari jadinya.

Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan. Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan.

Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja.

Bukan kali pertama dimanjakan dengan hadiah mewah, kekasihnya yang merupakan seorang ahli perniagaan pernah menghadiahkan Ruhainies sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka dan dia dilamar berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.

Bertuah betul Ruhainies dapat seorang kekasih yang penyayang dan sering memberikan hadiah istimewa buatnya. Apa-apa pun, bukan nilai hadiah itu yang penting tetapi tanda ingatan dan cinta tulus ikhlas.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment