Wednesday, 19 June 2019

#Hiburan: Isteri Akui Radhi OAG Sah Lafaz Cerai Mac Lalu


Spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga vokalis kumpulan OAG, Radhi akhirnya terjawab apabila isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri mengesahkan penyanyi itu sudah pun melafazkan talak terhadapnya pada 25 Mac lalu.

Mereka juga sebenarnya sudah lama tidak tinggal sebumbung dan Ayu juga tidak pasti apakah tujuan sebenar Radhi memuat naik gambar lama mereka berdua di media sosial.

Bagaimanapun, Ayu enggan mendedahkan punca perceraian mereka dan memaklumkan dia dan bekas suami masih lagi berhubung dengan baik demi anak-anak.

Radhi sudah melafazkan cerai terhadap saya pada 25 Mac lalu. Malah, lafaz cerai akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat. Jujurnya, saya tidak mahu membuka mulut mengenai status perkahwinan kami, namun ramai yang bertanya kerana Radhi banyak memuat naik gambar lama saya dan dirinya. Malah, ada juga yang keliru sama ada saya masih berhijab gara-gara gambar berkenaan.

Kami juga sudah lama tidak tinggal sebumbung, namun masih berkomunikasi dengan baik demi anak-anak. Begitupun, biarlah punca perpisahan tidak dikongsikan kepada umum kerana ia bersifat terlalu peribadi.

Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah dan Muhammad.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment