Tuesday, 11 June 2019

#Hiburan: Elfira Loy Kongsi Foto Bercuti Di Istanbul, ‘Baby Bump’ Sudah Kelihatan


Berkesempatan untuk meluangkan masa bersama, pelakon Elfira Loy ada berkongsi beberapa fotonya dan suami, Faris K Anuar bercuti ke Istanbul, Turki baru-baru ini. Tidak dinafikan pasangan sama cantik dan sama padan ini tampak begitu bahagia sekali.

Melalui foto yang dikongsikan, secara tidak langsung ia memaparkan perkembangan kehamilan Elfira terkini dimana ‘baby bump’ sudah jelas kelihatan.

Malah, ada netizen yang memuji penampilan Elfira lebih jelita dan berseri-seri ketika hamil.

Untung Elfira, dapat suami yang begitu menyayangi dan selalu ingin membahagiakannya. Semoga kekal bahagia sehingga ke jannah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment