Thursday, 13 June 2019

#Hiburan: Apakah Kos Sebenar Pembuatan Secawan Bubble Tea?


Minuman Bubble tea adalah kegemaran ramai warga Malaysia tidak kira dari golongan tua mahupun muda. Ia Mula memasuki pasaran di Malaysia sejak tahun 2015 hingga kini.

Pengikut setia minuman Bubble tea pasti tahu bahawa minuman ini perlu menggunakan straw gergasi. Minuman Bubble tea ini dibuat dengan pelbagai jenis teh. Namun ianya wajib diminum bersama jelly seperti mutiara yang dikenali sebagai bubble.

Sekiranya anda seorang pengemar Bubble tea, semestinya tertanya-tanya asal usul minuman ini?  Pada awal tahun 1980-an di Taiwan, seorang pemilik kedai teh bernama Liew telah melihat gelagat orang Jepun yang gemar minum kopi sejuk.

Maka dari situ tercetuslah idea untuk menjual air teh sejuk sendiri pada pengunjung dan beliau telah membuka beberapa cawangan kedai.

Ketika beliau menghadiri satu mesyuarat sekitar tahun 1988-an, Liew telah memasukkan beberapa Tapioka  ke dalam teh sejuk. Apa yang mengejutkan beliau adalah semua orang menyukainya dan bermula dari hair itu tercetuslah Bubble Tea yang cukup terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Sejak minuman Bubble tea itu mula popular dalam kalangan masyarakat Malaysia ia telah terbukti bahawa lebih daripada 20 jenama minuman telah membuka cawangan di negara ini.

Terdapat pelbagai jenama di Malaysia, antaranya ialah Tealive, Gongcha, Shake-Shake, Cool Blog dan banyak lagi jenama lain.

Dipetik dari satu statistik yang telah dikeluarkan oleh GrabFood, minuman Bubble tea berada ditangga kedua makanan atau minuman yang paling banyak dibeli sepanjang tahun 2018 di Malaysia. Minuman Bubble tea kini telah menjadi sebahagian dalam diri rakyat Malaysia.

Persoalannya mengapa Buble tea berjaya mengejar populariti ini dalam tempoh yang begitu singkat sekali?

Adakah semata-mata kerana keunikkannya rasanya atau harganya yang dijual agak berbaloi? Adakalanya ramai orang memberitahu ia hanyalah sekadar satu tren yang akan tenggelam tidak lama lagi.

Sekiranya ada dalam kalangan anda yang berminat menceburi dunia Bubble tea, kos yang diperlukan untuk membuat secawan minuman kegemaran ramai ini berharga RM1.30 sahaja.

Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat secawan minuman Bubble tea ialah, bola Tapioka, ais, teh dan juga susu.



Oleh itu ia adalah satu perniagaan yang berbaloi dan sangat menguntungkan kerana harga purata secawan Bubble tea adalah RM6.50.

Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kandungan gula dalam minuman Bubble tea lebih tinggi berbanding minuman berkarbonat.

Kesimpulannya nak minum boleh tetapi kena berhati-hati agar ia tidak menjejaskan kesihatan anda semua. Berpada-padalah dalam menikmakti sesebuah hidangan kerana anda yang membuatkan ia menghancurkan tubuh badan anda.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment