Wednesday, 26 June 2019

#Hiburan: Apa-Apa Pun Keputusan Mahkamah Nanti, Saya Terima – Fizo Omar


Mengakui rumah tangganya berdepan masalah dan redha andai ditakdirkan berpisah, pelakon Fizo Omar dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagramnya hari ini meminta agar diberikan ruang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Fizo berkata, apa yang sedang dilalui adalah dugaan buat dirinya dan isteri, Mawar Karim dan berharap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Menurut Fizo, kini dia sedang menunggu keputusan daripada mahkamah berkaitan masalah rumah tangganya dan meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Mawar.

Pada masa yang sama, Fizo mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepadanya yang kini melalui saat getir dalam hidupnya.

Terdahulu, mahligai pasangan ini dikatakan bergolak dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.  Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment