Wednesday, 12 June 2019

#Hiburan: (AL-FATIHAH) Datuk A Rahman Hassan Meninggal Dunia


Khabar duka sekali lagi diterima dimana penyanyi pop yeh yeh lagenda, Datuk A Rahman Hassan telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.40 tengah malam tanggal 13 Jun 2019, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Sebelum ini, Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas  jatuh pitam di salah sebuah stesen minyak di Ampang.

Pada 1 Jun lalu, A. Rahman Hassan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung. Bagaimanapun, arwah dibenarkan pulang beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat  selepas solat Zuhur. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga keluarga Datuk A Rahman Hassan tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment