Monday, 10 June 2019

#Hiburan: (4 FOTO) Sharnaaz Ahmad Sambut Syawal Bersama Isteri Dan Anak


Setelah sekian lama rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dikatakan bergolak, akhirnya ketibaan Syawal membawa sinar baru buat mereka.

Pasangan ini kelihatan begitu bahagia meyambut hari raya bersama anak mereka, Jebat Jayden. Malah, Sharnaaz juga turut berkongsi  foto mereka sekeluarga dengan kapsyen “Bertiga lebih baik”, memberikan bayangan rumah tangganya itu berada dalam keadaan baik.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai perkahwinan Sharnaaz dan Nabila tetapi kini peminat sudah mula gembira melihat kebahagiaan mereka.

Rata-rata peminat mendoakan agar Sharnaaz dan Nabila akan kekal bahagia sehingga ke syurga. Biasalah dalam perkahwinan pasti akan dilanda pelbagai dugaan yang menguji ketulusan cinta dan kesetiaan kepada pasangan, apa yang penting jangan mudah putus asa dan terus berjuang mempertahankan mahligai yang dibina.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment