Sunday, 30 June 2019

#Hiburan: Keguguran Bukan Disebabkan Umum Kehamilan Awal – Fasha Sandha


Hamil pada usia 35 tahun yang diakui mempunyai risiko, pelakon Fasha Sandha menganggap keguguran yang dia alami sebelum ini adalah ketentuan takdir dan belum lagi mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Bukannya kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal seperti yang disindir oleh sesetengah netizen.

Sebenarnya ia bergantung pada nasib dan rezeki seseorang itu sebab sebelum ini saya hamil Raysha, saya ada umum juga ketika kandungan di peringkat awal.

Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tidak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku. Tapi, saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik pada soal rezeki.

Fasha mengalami keguguran pada 7 Jun lalu dimana usia kandungannya ketika itu hampir mencecah tujuh minggu. Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, Fasha memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga dan berehat secukupnya sekiranya diberikan rezeki untuk hamil lagi.

Di usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang dapat saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif. Jika hamil lagi, saya tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung.

Tidak perlu ambil pusing dengan segala kritikan netizen, apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan pasti ada hikmah disebaliknya. InshaAllah, satu hari nanti ada rezeki untuk Fasha dan suaminya, Aidil Aziz menimang cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: (TAHNIAH) Amyra Rosli Hamil Anak Kedua


Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang tidak lama sahaja lagi bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Amar sendiri menerusi akaun Instagramnya dimana isterinya sedang hamil tiga minggu.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Amar yang ke 34 semalam, Amyra membuat kejutan istimewa  dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif. Tentunya, ia hadiah paling bermakna buat Amar.

Sebelum ini, pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Tahniah sekali lagi dan semoga segalanya berjalan lancar buat Amyra untuk kehamilan anak kedua ini. Sama-sama kita doakan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Mawar Karim Akui Jumpa Peguam Dan Rujuk Pejabat Agama


Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim yang didakwa sedang bergolak mendapat perhatian ramai. Fizo juga pernah memberitahu perkahwinannya itu mempunyai masalah dan redha sekiranya jalan perpisah adalah yang terbaik buat mereka.

Kali ini, Mawar pula tampil mengakui ada mendapatkan khidmat peguam dan merujuk masalah rumah tangganya itu pada pejabat agama untuk untuk mendapatkan nasihat mengenai kemelut yang sedang dihadapi.

Katanya, apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka kini adalah rahsia antara dirinya dengan Fizo. Mawar menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Harapnya netizen tidak cepat membuat andaian dan spekulasi sendiri yang hanya akan memburukkan lagi keadaan sedangkan mereka tidak mengetahui cerita sebenar.

Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik dan tidak putus asa mempertahankan rumah tangga yang dibina.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Friday, 28 June 2019

#Hiburan: Pernah Bercerai, Nora Danish Takut Mahu Beri Nasihat


Sejak kebelakangan ini, kita tidak henti mendengar berita tentang perceraian artis. Tidak dinafikan, ada juga beberapa selebriti tampil memberikan komen mereka mengenai isu ini.

Bagaimanapun, buat pelakon Nora Danish dia mengakui dirinya bukanlah orang yang tepat untuk memberikan nasihat mengenai isu tersebut memandangkan dia juga sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan.

Saya sedar kebelakangan ini ramai artis yang bercerai. Saya juga pernah laluinya, jadi saya tidak berhak untuk memberikan sebarang nasihat kepada mereka.

Pada saya terlalu banyak kes mahkamah berkaitan rumah tangga berlaku, bukan sahaja rumah tangga selebriti. Ini adalah lumrah perkahwinan. Untuk memberi tip atau nasihat, saya belum mampu, namun saya doakan yang baik-baik untuk semua rakan-rakan di luar sana.

Sementara itu, Nora berkata dia menganggap komunikasi merupakan kunci kebahagaiaan sesebuah rumah tangga kerana ia dapat memastikan tiada perselisahan faham berlaku antaranya dan suami tercinta, Nedim Nazri.

Komunikasi sangat penting dalam hubungan. Memandangkan kedua-dua kami pernah melalui fasa perceraian pada perkahwinan terdahulu, jadi kali ini kami lebih serius. Kami sentiasa berusaha yang terbaik dan tidak saling menyalahkan antara satu sama lain supaya perjalanan rumah tangga lebih aman.

Setiap perkahwinan akan ada pasang dan surutnya, biasalah kalau ada pergaduhan tetapi setiap pasangan harus matang dalam menangani setiap masalah. Apa yang penting, harus sentiasa sabar dan bertolak ansur.

Sumber Berita : Utusan Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Jangan Canang Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial – Ajak Shiro


Sekarang ini seakan menjadi trend untuk pasangan suami isteri berkongsi masalah rumah tangga mereka dan segala cerita ”dalam kain” di laman sosial. Sebenarnya tanpa disedari, “budaya” ini juga yang akhirnya mampu memusnahkan mahligai yang dibina.

Perkara ini juga selalu terjadi kepada golongan selebriti, habis semuanya dicanang di media sosial sehingga memberi peluang untuk netizen menentukan keputusan mereka. Bila kena kritik, marah pula.

Memberikan pandangannya tentang isu ini, pelawak Ajak Shiro yang umum mengetahui mempunyai keluarga bahagia berpendapat, segala isu berkaitan rumah tangga harus diselesaikan sendiri tanpa campur tangan orang luar.

Sejujurnya, saya takut apabila diminta mengulas mengenai kemelut yang melanda kehidupan peribadi selebriti kerana kita tidak dapat menduga masa hadapan. Nasihat saya, masalah keluarga perlu diselesaikan suami dan isteri tanpa dipengaruhi orang luar. Apabila terlalu terbuka berkongsi, orang lain pula yang cuba membuat keputusan bagi pihak kita.

Mereka tidak tahu apa yang kita lalui, jadi lebih molek setiap kemelut diselesaikan tanpa pembabitan orang luar. Bimbang jika mendengar cakap orang, kita pula yang akan menyesal pada kemudian hari.

Tidak dinafikan, ramai yang berkongsi masalah mereka di media sosial termasuklah kes suami curang, suami atau isteri memiliki nafsu sejenis dan macam-macam lagi. Tidak salah kalau sekadar untuk meluakan perasaan tetapi janganlah keterlaluan.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Thursday, 27 June 2019

#Hiburan: Kenapa Mencuri, Saya Mahu Tindakan Diambil Terhadap Individu Itu – A. Aida


Memberikan bayangan orang terdekat yang terlibat dengan kes kecurian wangnya bernilai lebih RM200,000, penerbit Datuk A. Aida bagaimanapun enggan komen lanjut mengenai bekas suaminya, Ariff Aziz yang dikaitkan dalam kes berkenaan.

A. Aida tidak mahu mengganggu proses siasatan dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis. Cukuplah sekadar dia memaklumkan individu yang terbabit adalah orang yang pernah rapat dengannya.

Sebaik pulang ke tanah air, saya terus buat pemeriksaan dan mendapati terdapat dua kali transaksi ke satu akaun. Saya pelik kerana transaksi dibuat pada waktu subuh. Tapi, saya tak kecoh lagi sebab tak nak peningkan kepala. Jadi, saya diamkan saja kerana ketika itu saya dalam proses nak failkan perceraian.

Namun, A.Aida berharap individu yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang agar ia dapat menjadi pengajaran.

Dalam masa sama, saya mahu individu itu diambil tindakan undang-undang supaya ia menjadi pengajaran kepada semua.

Kenapa nak kena mencuri? Kenapa tak minta? Apa pun, saya berharap pihak polis cepat ambil tindakan. Saya difahamkan, individu itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan Ariff Aziz merupakan suspek utama kes berkenaan. Telefon bimbit pelakon itu juga dirampas pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut terutama sekali berkaitan transaksi yang dibuat. Buat masa ini, pihak polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Fatin Afeefa Nafi Bercumbu Di Tempat Awam


Nama pelakon Fatin Afeefa nampaknya semakin hangat diperkatakan, belum lagi reda dengan isu dia sekali lagi ‘kantoi’ berskandal dengan suami orang, kini ada pula gosip terbaru dia didakwa bercumbu di tempat awam.

Berita itu mula tersebar apabila ada individu bertanyakan hal berkenaan menerusi ruangan komen di akaun Instagram Fatin. Pelakon itu dikatakan pernah berkunjung ke sebuah kedai di pusat beli-belah terkenal dan dilihat berkelakuan sumbang dengan seorang lelaki.

Bagaimanapun, Fatin menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah semata-mata.

Terdahulu, Fatin dikatakan menjalinkan hubungan dengan suami orang, lelaki sama yang pernah dikaitkan dalam kontroversi sebelum ini.Kecurangan mereka dibongkar sendiri oleh isteri lelaki terbabit menerusi lama sosial Twitter. Wanita itu berang kerana sebelum ini Fatin pernah berjanji tidak akan mengganggu rumah tangganya lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Lebih RM200,000 Lesap, Polis Sahkan Bekas Suami A. Aida Suspek Utama


Baru-baru ini penerbit Datuk A. Aida mendedahkan mengalami kerugian lebih RM200,000 akibat kes kecurian. Dua transaksi dilakukan tanpa pengetahuannya.

Perkara itu dilakukan oleh individu yang pernah rapat dengan A. Aida dan segala persoalan bakal terjawab apabila bekas suaminya, Ariff Aziz dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki Ariff pada Selasa lalu dan mengesahkan pelakon itu merupakan suspek utama kes berkenaan.

Suspek adalah bekas suami A. Aida sendiri. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Kami rampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat.

Buat masa ini, pihak polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, A. Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transaksi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali kerana hanya individu itu sahaja mempunyai segala butiran peribadi penerbit itu untuk tujuan tersebut. Transaksi itu dilakukan pada 1 Mac 2019 sekitar jam 5.45 pagi sebelum A. Aida berangkat ke Mesir. Keseluruhan jumlah wang yang hilang adalah RM213,805.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Peguam Syarie Tegur Fynn Jamal, Jangan Memandai Jawab Soalan Isu Anak Luar Nikah


Entah kenapa masyrakat kini lebih mempercayai seorang selebriti ataupun Instafamous dengan imej alim untuk bertanyakan soalan tentang agama termasuklah isu serius seperti taraf anak luar nikah.

Terbaru, nama Fynn Jamal sekali lagi diperkatakan apabila seorang peguam syarie memuat naik kenyataan menegur Fynn berkaitan jawapannya tentang soalan isu anak luar nikah.

Jawapan yang Fynn berikan agak meragukan, oleh itu peguam tersebut tampil menjelaskannya dari sudut agama dan undang-undang.

“Bukan bidang kita, janganlah pandai-pandai nak ulas. Main jawab ikut sedap tangan menaip sahaja.”

Kena faham maksudnya dahulu

Kebenaran berkahwin dan juga batas pergaulan


Hukum nafkah anak-anak tidak sah taraf



Anak tidak sah taraf bukan insan terbiar, juga berhak dapat keistimewaan dengan pertimbangan adil

Harapnya penjelasan ini juga dapat menjawab segala persoalan masyarakat tentang anak tidak sah taraf. Apa-apa pun, selalu rujuk pada mereka yang lebih arif dalam bab agama dan undang- undang bukan orang yang berpakaian dan tampil alim.

Sumber Berita : Facebook


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Bekas Pelawak Senario Ditahan Polis, Terlibat Pergaduhan Dan Positif Ganja


Seorang bekas pelawak kumpulan terkenal, Senario  bersama dua rakannya telah ditahan polis dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras pada Selasa lalu.

Ketika pemeriksaan badan dilakukan ke atas suspek wanita, pihak polis menemukan satu paket plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.55 gram.

Kesemua suspek diberkas  selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan yang berlaku di hotel berkenaan pada jam 5.45 petang.

Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.

Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang.

Pelawak itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam, manakala dua lagi rakannya direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sumber Berita : Kosmo Online & Malaysiakini


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Wednesday, 26 June 2019

#Hiburan: Saya Akui Masih Cintakan Aliff Tapi Tidak Terfikir Mahu Kembali – Bella Astillah


Bertahun hidup sebagai suami isteri, tipulah kalau tiada sedikit pun perasaan cinta dan kasih sayang yang masih berbekas dalam hati penyanyi Bella Astillah terhadap bekas suaminya, Aliff Aziz.

Memang Aliff ada merayu menghubungi Bella untuk memberikannya peluang kedua, tetapi wanita itu buat masa ini tidak terfikir mahu kembali bersama.

Tidak dinafikan, ramai juga yang berharap kami kembali semula sebagai suami isteri. Sejujurnya Aliff sendiri ada menghubungi saya beberapa kali untuk kami kembali bersatu.

Iya.. melihat keadaan Aliff sekarang, saya turut berasa sedih dan simpati. Tambah pula kami pernah hidup bersama, tapi saya tidak boleh terima Aliff hanya kerana bersimpati terhadap apa yang dia lalui sekarang. Saya akui masih mencintai Aliff tetapi buat masa ini saya tidak fikir mahu kembali seperti dulu. Biarlah masa menentukan.

Kata Bella, dia pernah memberitahu Aliff sendiri yang perceraian mereka berdua masih terlalu baharu. Malah, turut menasihati bekas suaminya itu untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Jangan dipaksa seseorang wanita yang sudah tawar hati untuk kembali bersama. Biarlah dia ubati dahulu luka di hati. Andainya ada jodoh, pasti satu hari akan bersatu jua. Jangan terlalu mendesak kerana mungkin akan membuatkan seseorang itu pergi lebih jauh.

Sumber Berita : MHE TV


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Song Hye Jyo Dan Song Joong Ki Bercerai Kerana ‘Perbezaan Personaliti’


Menyusul pengumuman Song Joong Ki bahawa dia telah memfailkan perceraian, Song Hye Kyo telah menerbitkan satu kenyataan melalui agensinya.

Pada 27 Jun, peguam Joong Ki menyatakan yang pelakon itu telah mengambil langkah-langkah pertama untuk memfailkan perceraian terhadap isterinya Song Hye Kyo. Dia juga menerbitkan kenyatan rasmi meminta maaf kepada semua peminat dan menyatakan hasrat untuk berpisah secara baik.

Tidak lama kemudian agensi Song Hye Kyo United Artists Agency (UAA) Korea memberi respons kepada berita itu bagi pihak aktres tersebut. Wakil agensi itu menyatakan:

Punca perceraian ialah perbezaan personaliti. Dan disebabkan mereka berdua tidak dapat menyelesaikan masalah perbezaan ini, keputusan bercerai terpaksa diambil. Kami berharap anda semua memahami bahawa kami tidak dapat mengesahkan dengan lebih lanjut maklumat perpisahan mereka atas dasar menghormati kehidupan mereka berdua. Sebagai tambahan, kami menggesa anda semua agar tidak membuat komen berbentuk spekulatif mengenai perpisahan mereka.

Wakil itu menambah:

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo memang benar mencinta satu sama lain dan berkahwin setelah pertemuan melalui ‘Descendants of the Sun’. Selepas berkahwin, mereka menjadi renggang kerana jadual kerja yang lebih sibuk dan perbezaan personaliti, yang seterusnya menyebabkan perceraian ini.

Wakil firma guaman yang mewakili Song Joong Ki pula berkata bahawa keputusan mereka untuk bercerai ialah keputusan bersama.  – beautifulnara.com via Soompi


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Pelakon Fatin Afeefa Sekali Lagi Didakwa Berskandal Dengan Suami Orang?


Seakan tidak serik, pelakon Fatin Afeefa sekali lagi didakwa berskandal dengan suami orang, lelaki sama yang pernah dikaitkan dalam kontroversi sebelum ini.

Pendedahan itu dimuat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki tersebut menerusi laman sosial Twitter, mendakwa pelakon itu menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Menurut wanita itu, dia berang dan kecewa apabila mereka saling merahsiakan hubungan cinta itu, walaupun Fatin sebelum ini pernah berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga mereka lagi.

“Dah janji tidak akan kacau rumah tangga aku lagi.”

Bukti mesej perbualan, dakwa Fatin pernah hantar gambar tidak senonoh kepada suaminya.

Harapnya Fatin dapat tampil memberikan penjelasan sebenar disebalik pendedahan ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas