Wednesday, 1 May 2019

Malaysia: MP BN akan didakwa, isterinya pelakon dituduh bersubahat – SPRM


Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah dan isterinya yang merupakan seorang pelakon ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjuta ringgit.

“Anggota parlimen dari Sabah itu ditahan bersama isterinya untuk membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta-juta ringgit,” kata sumber.

Difahamkan pasangan itu dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan berkata, pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat ini di bawah Akta SPRM.

Sumber SPRM berkata, wakil rakyat itu dijangka berdepan 3 pertuduhan, manakala isterinya yang juga seorang pelakon dijangka didakwa atas pertuduhan bersubahat.

“Ahli parlimen itu akan menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi tuduhan bersubahat,” kata sumber tersebut. – Majalah Review Malaysia

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

The post MP BN akan didakwa, isterinya pelakon dituduh bersubahat – SPRM appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment