Wednesday, 1 May 2019

Malaysia: KPN Hamid Bador pemilik bintang kepahlawanan tertinggi Indonesia


Datuk Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara pernah berkhidmat di bawah 3 perdana menteri sepanjang kerjayanya. – Foto MHOnline

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui media selepas majlis sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Ketika ditanya wartawan berhubung perkara itu, Dr Mahathir menjawab: “Ya, saya fikir dia lah jadi IGP (Ketua Polis Negara).

“Saya rasa Yang di-Pertuan Agong sudah tandatangan surat pelantikan itu,” katanya dipetik Harian Metro.

Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib Jumaat ini.

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.

Abdul Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan terus ketika menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Tindakan itu menyebabkan beliau dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri oleh pentadbiran Najib.

Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas Daish. – Majalah Review Malaysia

KLIK SINI BACA: Pendedahan Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

The post KPN Hamid Bador pemilik bintang kepahlawanan tertinggi Indonesia appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment