Wednesday, 1 May 2019

Malaysia: Bung Moktar ditahan SPRM, Zizie dituduh bersubahat kes rasuah Felcra


Ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad hari ini.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Bung Moktar ditahan 10.50 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah manakala Zizie Izette ditahan di pejabat SPRM Putrajaya 11.15 pagi tadi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan FELCRA.

“SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan Zizie Izette di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.

“Bung Moktar dan Zizie Izette bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

“Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM,” kata kenyataan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan berkata, pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat ini di bawah Akta SPRM.

Bung Moktar dijangka berdepan 3 pertuduhan, manakala isterinya Zizie Izette dijangka didakwa atas pertuduhan bersubahat. – Majalah Review Malaysia

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

The post Bung Moktar ditahan SPRM, Zizie dituduh bersubahat kes rasuah Felcra appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment