Friday, 3 May 2019

Malaysia: Bung Moktar didakwa terima rasuah RM2.8 juta, Zizie bersubahat


Bung Moktar Radin dan Zizie Izette dituduh rasuah dan bersubahat berkaitan projek Felcra. – Foto FMT

Bung Moktar Radin dibenarkan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 3 pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.8 juta.

Ahli Parlimnen Kinabatangan dari Umno itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Bung, 60, yang merupakan bekas pengerusi Felcra Berhad didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan yang menjadi kesalahan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000.00, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Zizie Izette A Samad yang merupakan isteri Bung Moktar juga dibenarkan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat dengan suaminya atas kesalahan sama.

Zizie, 41, seorang pelakon, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Azura turut mengarahkan Zizie menyerahkan pasport antarabangsa beliau kepada mahkamah.

Zizie didakwa di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika didapati bersalah, Zizie boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih tinggi.

Mahkamah memutuskan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes bersama-sama dengan kes Bung.

Pada 1 Mei, Bung Moktar dan Zizie hadir ke pejabat SPRM di Kuala Lumpur untuk siasatan dakwaan rasuah dan mereka kemudiannya ditahan dan dibebaskan atas jaminan SPRM. –  Majalah Review Malaysia

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

The post Bung Moktar didakwa terima rasuah RM2.8 juta, Zizie bersubahat appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment