#Informasi: PAS Kutuk Serangan Israel Ke Atas Gaza


PAS mengutuk serangan terbaru Israel ke atas Gaza di ambang Ramadan yang mengorbankan nyawa kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak berdosa.
PAS turut berasa kesal dengan sikap dingin negara Arab yang sibuk dengan krisis dalaman sehingga tidak mempedulikan nasib saudara kita di Palestin demi menjaga keselamatan Israel dan kepentingan sendiri.
PAS telah menggerakkan usaha bantuan melalui PAS Relief dan NGO-NGO yang sedang berada di perbatasan untuk menghulurkan bantuan segera, termasuk persiapan untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Dengan keberkatan bulan Ramadan, marilah kita sama-sama bermunajat dan berdoa diberikan pertolongan dan kekuatan kepada rakyat Palestin untuk menghadapi tentera Israel yang dilaknat oleh Allah S.W.T.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 29 Syaaban 1440 / 5 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 5/5/2019


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments