Wednesday, 1 May 2019

#Informasi: K-Pop Menjerumus Generasi Muda, Tolak Cadangan Menteri Belia..


Imej yang berkaitan

HALAMAN HIBURAN
BANGI, 25 Syaaban 1440H, Rabu – Kerajaan perlu memikirkan strategi dan perancangan yang berkesan bagi mempromosikan kehebatan serta keunikan negara, sama ada daripada aspek kebudayaan mahupun kesenian bagi meningkatkan keberangsangan sektor pelancongan.
Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abd Hamid berkata, adalah sesuatu yang menguntungkan negara sekiranya pihak kerajaan terus-menerus mempromosikan industri seni dan budaya negara kita yang mempunyai keunikan berbilang kaum.
Menolak keras cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, beliau menegaskan, hiburan seperti itu hanya akan menerapkan budaya hedonisme dan menjadi agen penghakis amalan tradisi negara kita.
Ia juga katanya, menjerumus generasi muda ke arah norma-norma kehidupan yang bertentangan dengan agama dan budaya.
“Malah hiburan yang melampau ini juga turut menyebabkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak generasi muda semakin teruk. Persoalannya, mengapa kita perlu mengangkat budaya muzik dari negara luar berbanding industri seni dan budaya tempatan tanah air kita sendiri sempena TMM2020?
“Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk mempertingkatkan promosi industri kreatif negara yang unik dan pelbagai di persada dunia bagi menarik pelancong ke negara kita?”
“Besar harapan saya sekiranya kerajaan terus memastikan budaya dan seni warisan masyarakat tempatan berbilang kaum terus dipelihara dan dikembangkan lagi dengan pelbagai pengiktirafan dan anugerah sehingga di peringkat tertinggi seperti Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan dipromosikan di persada dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Syed Saddiq menjelaskan kehadiran kumpulan muzik luar negara ke Malaysia adalah sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara.
Malah, beliau berkata, pihaknya komited menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia (PMS) sebagai hub industri hiburan yang bakal memberi pulangan kepada negara.(ismaweb.net)
Hasil carian imej untuk k-pop

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment