Wednesday, 1 May 2019

#Hiburan: PU Syed Gelar BTS Syaitan Yang Menyesatkan Umat


Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, pendakwah yang lahir daripada program realiti Pencetus Ummah menjadi perhatian ramai, terutama sekali selepas timbul kontroversi berkaitan PU Abu yang menceraikan isterinya ketika sedang sarat hamil anak pertama mereka demi mengejar cinta seorang janda anak satu.

Terbaru, PU Syed pula memuat naik kenyataan yang menimbulkan kemarahan ramai terutama sekali peminat K-Pop apabila menggelarkan BTS sebagai syaitan. Menerusi akaun Instagramnya, beliau telah membantah sekerasnya mengenai cadangan untuk membawa kumpulan ikonik itu membuat persembahan di Malaysia.

PU Syed dikecam hebat oleh netizen khususnya peminat K-Pop yang menganggap perkataan ‘setan’ itu agak kasar dan langsung tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai pendakwah. Sepatutnya sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama tinggi, beliau haruslah membuat teguran dengan cara lebih berhemah tanpa menyebarkan kebencian.

Selepas teruk dikecam, PU Syed memuat naik kenyataan susulan mengatakan beliau sama sekali tidak gentar dengan segala kritikan dan tetap tegas dengan pendiriannya.

Berdakwah dan menegur itu tidak salah, tetapi mungkin boleh dilakukan dengan cara yang lebih sopan dan tidak menggunakan perkataan yang kasar. Kita ingin ajak orang untuk melakukan perkara baik, jadi kena mula dengan cara yang baik juga. Apa pula pendapat anda?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment