#Hiburan: Kongsi Video Bergurau Bersama Anak, Sharnaaz Ahmad Dan Isteri Sudah Berbaik?

Sejak beberapa bulan lalu, hangat diperkatakan tentang status rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang bergolak apabila mereka saling memuat naik status di Instagram seakan memerli antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama mahupun mengucapkan kata-kata cinta.

Terbaru, Noor Nabila ada memuat naik video beliau mendukung anak lelakinya, Jebat Jayden yang pertama kali menyebut perkataan ‘Baba’. Turut kedengaran suara Sharnaaz bermain dengan anaknya.

Instagram Photo

Rata-rata netizen gembira dan syukur apabila hubungan pasangan ini sudah kembali pulih. Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini. Mereka mendoakan agar Sharnaaz dan isterinya itu akan kekal bersama sehingga ke akhir hayat.

Berita yang amat baik untuk permulaaan bulan Ramadhan ini. Kami juga mendoakan agar Sharnaaz akan terus berbahagia bersama isteri tercinta dan anak mereka. Biasalah, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya tetapi jangan mudah putus asa menghadapi segala dugaan dan terus mempertahankan cinta sejati dan kasih sayang.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments