#Hiburan: Elfira Loy Harap Timang Cahaya Mata Lelaki

Selepas empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Elfira Loy dikurniakan rezeki untuk hamil. Tentunya, pengalaman mengandung buat kali pertama merupakan detik indah buat semua wanita.

Sedang hamil di trimester pertama, Elfira ketika menjawab pertanyaan di akaun Instagram memberitahu beliau lebih gemar dengan bayi perempuan tetapi beliau berharap agar bayi sulungnya adalah lelaki kerana apabila anaknya besar nanti, dapatlah menjaga beliau dan suami, Faris K Anuar ketika tua.

Of course la suka girl sebab banyak barang boleh shopping. Tapi as first child lebih baik lelaki sebab boleh jaga kita. Perempuan (anak) esok dah besar lepas kahwin kena ikut laki dia, kalau (anak) lelaki jaga mama dia.

Semoga dimakbulkan impian Nora itu. Apa yang penting jangan berhenti berdoa, siapa tahu ada rezeki kan?

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments