Sunday, 19 May 2019

#Hiburan: Alif Tidak Pernah Pukul Saya, Tidak Tinggal Solat Dan Puasa – Isteri Alif Satar


Jika anda pengikut setia drama tempatan, pastinya anda tahu Alif Satar kini sedang hangat menerusi watak Zafran menerusi drama Pia yang ditayangkan di TV3. Watak itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mengecam Alif.

Namun, isteri Alif iaitu Shadila Halid mendedahkan sikap suaminya memang jauh berbeza dari watak Zafran. Alif seorang suami yang baik, tidak pernah naik tangan mahupun meninggalkan perkara wajib dalam agama. Seorang ketua keluarga yang baik.

Shadila meminta agar netizen tidak keliru antara Alif Satar, Zafran ataupun mana-mana individu lain.

Wah, bertuah sungguh isteri Alif mempunyai seorang suami yang baik dan penyayang. Semoga mereka kekal sehingga ke jannah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment