Saturday, 18 May 2019

#Hiburan: (AL-FATIHAH) Faziani Rohban Dnars & Chef Adamdidam Meninggal Dunia Di Bulan Mulia


Terkedu saat kami mendegar berita dua insan istimewa ini yang meninggal dunia pada bulan mulia. Semestinya, mereka begitu dekat dengan hati masyarakat Malaysia.

Siapa sangka pemergian mereka meninggalkan kesan begitu mendalam dalam hati kita. Bagaimanapun, dalam bersedih, siapalah kita untuk melawan kehendak Allah SWT.

Faziani Rohban Pengasas Dnars Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Di Thailand

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand. Faziani maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim cedera.

Kenderaan Toyota Estima yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di Pattani, Thailand ketika dalam perjalanan menyerahkan wang zakat kepada salah sebuah pondok di sana.

Pemergian arwah Faziani yang dikenali dengan sifat dermawan amat dirasai dan ditangisi ramai.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar, Tumpat, Kelantan sekitar jam 10 malam semalam.

Lebih 300 orang hadir di upacara pengebumian Allahyarham Faziani selain turut menunaikan solat jenazah.

Chef Selebriti Adamdidam

Chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam, 29, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5 pagi tadi di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan akibat jangkitan paru-paru.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh sepupunya menerusi akaun Instagram. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot dan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sumber Berita : Astro Awani & Mstar Online

Kredit Foto : Kosmo Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment