Friday, 31 May 2019

#Hiburan: HUAWEI, yang masih disokong oleh PM Malaysia Telah Memperkenalkan Telefon Pintar Terbarunya, Y5 2019


Beberapa hari yang lalu di persidangan Future of Asia yang berlangsung di Tokyo, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaklumkan bahawa Malaysia akan terus menggunakan teknologi Huawei sebanyak mana yang boleh. Ini merupakan satu tanda sokongan dan pengiktirafan terhadap Huawei untuk terus membawa kepakaran dan teknologinya untuk pasaran Malaysia, terutamanya teknologi 5G milik syarikat gergasi ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Huawei kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi selepas pelancaran Huawei P30 yang mempunyai teknologi inovatif dan kualiti yang hebat. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada kepimpinan tertinggi Malaysia, Huawei hari ini (31 Mei 2019) telah melancarkan telefon pintar terbarunya yang dikenali sebagai:-

HUAWEI Y5 2019

Telefon pintar kelas permulaan ini mempunyai pelbagai kualiti yang bagus seperti kamera yang berprestasi tinggi, teknologi “fast face” untuk “unlock” telefon dan juga ruangan simpanan yang besar. Lebih menarik, pilihan Amber Brown Y5 mempunyai tekstur unik seperti kulit yang sangat-sangat memukau. Senang cakap, telefon pintar terbaru dari Huawei ini memang berbaloi untuk dibeli.

Bermula hari ini (31 Mei 2019), rakyat Malaysia boleh memiliki Huawei Y5 2019 ini dengan harga SERENDAH Rm459 sahaja di Huawei Online Store serta mana-mana kedai rasmi Huawei di seluruh Malaysia. Lagi best, apabila anda berpeluang untuk memenangi HUAWEI MediaPad M3 Lite bernilai RM999 apabila anda membeli Huawei Y5 2019 ini. Mana tahu rezeki anda kan?

Telefon Pintar Kelas Permulaan dari Huawei, Berpatutan Serta Praktikal

Selain harganya yang mampu milik, Huawei Y5 2019 turut dilengkapi pelbagai ciri yang mudah dan praktikal untuk para penggunanya. Antaranya seperti:-

1. Kamera utama 13MP f/1.8

Walaupun di dalam keadaan kekurangan sumber cahaya, Huawei Y5 2019 mampu mengambil gambar seisi keluarga anda dengan jelas dan terang. Inilah kehebatan kamera utamanya yang dijana dengan lensa 13MP f/1.8.

2. Teknologi “Fast face unlocking”

Huawei Y5 2019 ini memang sangat sesuai dihadiahkan kepada ayah dan ibu anda yang sudah berusia kerana ia mempunyai teknologi “fast face unlocking”. Iyerlah orang tua ini kadang-kadang mudah terlupa kata laluan sendiri. Dengan teknologi ini, mereka tak perlu ingat pun password yang telah ditetapkan. Cuma pamerkan sahaja muka mereka di depan skrin dan Huawei Y5 2019 akan di”unlock” sepantas kilat. Hebat kan?

3. Ruangan simpanan sehingga 512GB

Selain ruangan simpanan 32GB yang telah terbina, Huawei Y5 2019 juga menyediakan 3 slot untuk penggunaan 2 kad sim dan 1 kad memori. Ini sekaligus membolehkan ruangan simpanan anda mencecah 512GB. Memang tak perlu nak padam segala gambar/video yang ada. Boleh simpan buat selama-lamanya.

Dan banyak lagilah ciri-ciri menarik Huawei Y5 2019 ini seperti kamera hadapan 5MP dengan “A.I beautification”, paparan skrin “dewdrop” sebesar 5.71 inci, bateri 3,020 mAH untuk penggunaan sepanjang hari serta 3 pilihan warna iaitu Modern Black, Amber Brown dan Sapphire Blue. Kesimpulannya, dengan harga RM459, telefon pintar terbaru Huawei ini memang TERLEBIH BERBALOI-BALOI untuk dijadikan kegunaan sendiri atau dihadiahkan kepada mereka yang “special” di hati anda.

Meriahkan Aidilfitri Anda Dengan Produk Dari Huawei

Bersempena musim perayaan ini, Huawei kini sedang memberikan tawaran yang sangat hebat apabila anda membeli Huawei Y5 2019. Anda berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah untuk membawa pulang HUAWEI MediaPad M3 Lite yang bernilai RM989. Caranya amat mudah. Anda hanya perlu melawat www.huawei-raya.com dan isikan maklumat peribadi anda dan tunggu berita baik daripada pihak Huawei. Tawaran ini sah sehingga 16 Jun kelak, jadi cepat-cepatlah beli Huawei Y5 2019 tue!!!

Huawei Y5 2019 kini boleh dibeli di kesemua kedai rasmi Huawei seluruh Malaysia dan juga secara atas talian di Huawei Online Official Stores bermula 31 Mei 2019. Untuk maklumat lanjut, layari https://consumer.HUAWEI.com/my/ dan Facebook Huawei Malaysia.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Chef Fikree Nafi Curang, Mahu Ruang Selesaikan Kemelut Rumah Tangga


Chef selebriti, Fikree Aznan kini menjadi perhatian netizen dan juga media setelah isterinya, Sharifah Zuriehan mendedahkan kecurangannya bersama wanita berstatus isteri orang.

Pelbagai spekulasi liar timbul termasuklah ada yang mengatakan skandal Fikree merupakan seorang pengacara yang sama-sama bergandingan dengannya dalam sebuah program jualan langsung di sebuah stesen televisyen.

Lama berdiam diri, akhirnya Fikree tampil membuat kenyatana menyatakan segala tuduhan dan berita dia berlaku curang itu tidak benar sama sekali.  Buat masa ini, dia meminta agar orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi dan mohon diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu.

Terdahulu Zuriehan mendakwa Fikree juga tinggal sebumbung dengan skandalnya biarpun di bulan Ramadhan yang mulia. Malah, Zuriehan turut mendakwa ini bukan kali pertama Fikree berlaku curang,  sebelum ini dia juga pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Thursday, 30 May 2019

#Hiburan: “Suprise”kan Keluarga Tercinta Aidilfitri Ini Dengan Huawei Y5 2019


Pejam celik pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti semua dah excited kan? Mesti ramai yang dah bersiap sedia untuk pulang ke kampung bertemu dengan keluarga tercinta. Ada berniat nak hadiahkan sesuatu untuk mak ayah, datuk nenek atau makcik pakcik tapi tak tahu nak beli apa? “Suprise”kan je mereka dengan Huawei Y5 2019.

huawei y5 2019

Hadiah yang “perfect” buat mereka yang berusia

Mula ditawarkan di Malaysia bermula hari ini (31 Mei 2019), Huawei Y5 2019 adalah sebuah telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang dijual pada harga RM459 sahaja. Ia memang hadiah yang SEMPURNA bukan sahaja kerana harganya yang berbaloi, tetapi turut mempunyai kesemua fungsi asas seperti mengambil gambar bersama keluarga, menonton filem dan video bersama yang tercinta dan bateri yang boleh tahan sepanjang hari. Senang cakap, Huawei Y5 2019 adalah satu hadiah yang praktikal dan berpatutan.

Abadikan detik Aidilfitri seisi keluarga dengan prestasi kamera hebat

Huawei Y5 2019 boleh menangkap gambar dengan prestasi hebat atas kehadiran kamera utama 13MP f/1.8 nya. Kualiti gambar yang diambil dijamin terang seperti kristal kerana kameranya adalah sensitif terhadap cahaya. Ini bermakna, walaupun di dalam keadaan kekurangan cahaya, gambar seisi keluarga anda ketika Aidilfitri kelak pasti 100% sempurna dengan setiap wajah akan jelas terpampang. Mereka yang berusia juga tidak akan ada sebarang masalah untuk menggunakan kamera Huawei Y5 2019 ini. Tekan je dah boleh dapat gambar yang awesome!!!

Lebih ruang, lebih keterujaan

Untuk datuk dan nenek kita, benda yang paling penting adalah dapat melihat gambar cucu-cucu dan anak-anak kesayangan menerusi telefon pintar mereka. Huawei Y5 2019 menyediakan ruangan simpanan sebesar 32GB. Jadi datuk dan nenek kita tak payah risau nak kena padam ke, nak kena save gambar ke komputer ke sebab memang boleh simpan sebanyak mana gambar dan video yang diingini. Kalau itu tak mencukupi, Huawei Y5 2019 juga mempunyai 3 slot yang boleh diisi dengan 2 sim kad dan 1 kad memori bersaiz sehingga 512GB. Besar gila kan?

Unlock dengan menggunakan Fast Face

Orang tua nie memang pelupa dan kadangkala kata laluan handphone sendiri pun tak ingat. Sebab itulah Huawei Y5 2019 mempunyai fungsi Fast Face yang boleh “unlock” telefon dalam tempoh 1.5 saat, walaupun ketika penggunaan berat. Senang dah lepas nie tak payah diorang nak ingat password. Hulur je muka kat skrin terus dah boleh guna. Senang sangat-sangat kan?

Tak licin, 3 pilihan warna & rekaan yang unik

Huawei Y5 2019 hadir dalam 2 pilihan rekaan dan 3 warna iaitu:-

1. Rekaan metalik dengan warna Midnight Black dan Sapphire Blue
2. Rekaan dengan tekstur seperti kulit berwarna Amber Brown

Apa yang menarik tentang rekaan tekstur seperti kulit Amber Brown ini ialah ia tahan calar, debu dan juga cap jari. Selain itu rekaannya juga memastikan ia kurang licin, mudah dipegang dan mudah digunakan dengan 1 tangan. Sesuai sangat untuk mereka yang berusia kan?

huawei y5 2019

Jadi tunggu apa lagi? Memang ini adalah hadiah terbaik untuk dibawa pulang ke kampung buat keluarga yang tercinta. Dapatkannya sekarang di kedai Huawei berdekatan anda atau boleh beli terus di Huawei Online Store. Selamat hari raya!!!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Pengacara Ini Dituduh Skandal Chef Fikree


Sejak beberapa hari lalu, kontroversi chef selebriti, Chef Fikree Aznan yang berlaku curang dan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang cukup hangat diperkatakan.

Terbaru, satu sumber menerusi Miss K di portal Astro Gempak memberitahu, wanita yang dikaitkan sebagai skandal Fikree adalah pengacara yang sama-sama bergandingan dengannya dalam sebuah program jualan langsung di sebuah stesen televisyen.

Seorang pengirim yang mahu dirinya dikenali sebagai Marry nak kongsi cerita panas lagi terkini (dia kata). Marry mendakwa dia tahu hubungan cinta Chef selebriti, Fikree Aznan dengan seorang pengacara. Si Marry sebut ‘skandal’.

Tulis Marry dalam e-mel itu, wanita yang dikaitkan dengan Chef Fikree ialah pengacara yang sama-sama mengacara program jualan langsung di sebuah stesen televisyen, dikenali sebagai Masrenny Masri.  Marry juga telah menghantar paparan perbualan dua individu mengenai Fikree dan Masrenny. Sungguh berani Marry membuat pendedahan kan?

Namun, tidak dapat dipastikan lagi kesahihan dakwaan individu tersebut. Mungkin ia sekadar gosip ataupun hubungan mereka sebagai rakan sekerja sudah disalah erti oleh sesetengah pihak.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Netizen Tersentuh Hati Fasha Sandha Kongsi Video Suami Mengaji


Menjadi idaman setiap wanita untuk memiliki seorang suami yang penyayang dan paling penting sekali mempunyai didikan agama yang baik untuk mengemudi bahtera rumah tangga dengan harmoni.

Baru-baru ini, perkongsian Fasha Sandha di akaun Instagramnya dimana dia berkongsi video pendek merakamkan suaminya, Aidil Aziz sedang membaca ayat-ayat suci Al – Quran membuat netizen tersentuh hati.

Instagram Photo

Rata-rata netizen berkata betapa bertuahnya Fasha mempunyai seorang suami yang baik dan mendoakan agar pasangan ini kekal sehingga ke jannah. Ada juga yang memberitahu, Aidil sebenarnya pernah belajar di sekolah agama.

Memang sejuk hati isteri bila dengar suami mengaji, tersentuh sanubari. Semoga Fasha dan Aidil kekal bahagia dan harmoni.

Kredit Foto : Pinography 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Ridza Dituduh Tidak Puasa?


Sedang hangat dilamun cinta,  Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson merupakan pasangan selebriti paling mendapat perhatian ramai ketika ini.

Namun, ada pula khabar angin kurang enak mengenai mereka yang mula viral di media sosial sejak beberapa hari ini.

Menerusi akaun Twitter, ada sumber yang ternampak pasangan ini tidak berpuasa apabila makan di tempat awam secara terang-terangan di sebuah kafe di pusat membeli-belah di Singapura.

Ikut logik akal dan hukum agama, ramai yang faham mengapa seorang wanita tidak boleh berpuasa mungkin kerana sedang datang bulan, tetapi jika lelaki, apa pula alasannya?

Mana-mana individu yang tanpa segan silu menikmati makanan dan minuman di khalayak ramai pada bulan Ramadhan disifatkan tidak menghormati mereka yang sedang berpuasa.

Bagaiamanapun, kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan. Mungkin ada sahaja ada pihak yang sengaja ingin mecetuskan spekulasi untuk meraih publisiti.

Sumber Berita : Forum CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Kes Orang Ketiga Ini Payah Sikit – Intan Liana Belum Boleh Maafkan Bekas Suami


Terdahulu, kemelut rumah tangga Intan Liana Salleh, Ude Wahid dan Izreen Azminda mendapat perhatian ramai. Walaupun isu itu sudah lama berlalu, namun, luka yang berbekas dalam hati Intan belum sembuh sepenuhnya.

Menerusi Insta Story, Intan meluahkan rasa terharu melihat hubungan baik yang terjalin antara Farah Lee dan bekas suaminya, Ally Iskandar. Namun, setiap apa yang disampaikan itu bukan bermakna beliau ingin kembali bersama Ude, Intan tidak mahu dilabel sebagai wanita gila talak.

Dalam pada itu, Intan mengakui di masih belum dapat memaafkan bekas suaminya itu yang menceraikan dirinya kerana ingin bersama wanita lain.

Kita ni perempuan cepat sangat memaafkan. Kamu setuju tak? Tapi bonda belum lagi. Macam bodan cakap, lain kes. Tapi kalau kes orang ketiga ini payah sedikit.

Intan dan Ude pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 sebelum perkahwinan mereka bergolak saat Intan mendapat tahu  lelaki itu berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2018.

Dihimpit pelbagai kontroversi, akhirnya Intan dan Ude bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lekaki iaitu Arish Muqri dan Ariq Murqi.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Smartphone Ini Buat Neelofa Jatuh Cinta, Ada Zoom 60x Macam Teropong!


Telefon pintar Oppo Series telah pun dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 27 Mei yang lalu. Ia adalah sebuah telefon pintar keluaran Oppo yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak kerana mempunyai banyak ciri dan fungsi yang awesome!!

Di dalam majlis perasmian yang dihadiri oleh selebriti terkemuka Neelofa, Oppo telah memperkenalkan siri telefon terpintar terbarunya yang dikenali sebagai Oppo Reno. Ia hadir dengan 2 versi berbeza iaitu “Oppo Reno” dan “Oppo Reno 10x Zoom”. Hari ini, kita akan berbicara tentang “Oppo Reno 10x Zoom” yang mempunyai pelbagai ciri dan fungsi yang pasti akan membuatkan anda teruja!!!

1. Tiga kamera utama 48MP + 13MP

+8MP dengan sokongan 10x hybrid zoom

Oppo Reno 10x zoom adalah teknologi baharu yang dicipta dengan struktur 3 kamera yang mengandungi lensa telephoto, lensa ultra-wide-angle dan kamera utama yang menyokong sehingga 60x Hybrid Zoom. Dengan 3 lensa kamera, Oppo Reno 10x Zoom mempunyai solusi “Ultra-Wide Angle + Ultra Clear Master + Telephoto” untuk memastikan kesemua gambar yang anda ambil adalah berkualiti tinggi.

Sementara itu kamera telephoto yang mempunyai  159mm jarak focal membolehkan anda mengambil gambar jarak jauh tanpa menjejaskan mutu gambar tersebut. Dengan jarak focal 15.9mm, kamera ultra-wide-angle Oppo Reno 10X Zoom membolehkan anda mengabadikan gambar pemandangan yang lebih luas dan menarik. Kamera utamanya yang dijana dengan lensa 48MP memastikan setiap gambar yang dibidik adalah yang TERBAIK.

Keupayaan 60X Hybrid Zoom adalah kerana Oppo Reno 10x Zoom Edition mampu melakukan zum optikal nirhilang sehingga 10x sebelum anda mengambil gambar atau video. Dari 11x sehingga 60x pula adalah zoom secara digital, iaitu anda boleh meng”zoom”  sehingga 60x ke atas gambar yang telah diambil.

2. Ultra Night Mode 2.0

Mengambil gambar di waktu malam dengan Oppo Reno 10x Zoom Edition bukanlah satu masalah kerana ia hadir dengan fungsi Ultra Night Mode 2.0. Fungsi ini mengurangkan “noise’ serta menggunakan kebijaksanaan sistem AI.HDR untuk mendapatkan gambar yang terang, jelas dan menyerlahkan segala ciri-ciri penting di dalamnya.

Dua Mode yang anda boleh gunakan untuk menyerlahkan gambar-gambar anda

Dazzle Mode

Kelebihan Dazzle Mode ini ialah ia boleh menambahkan tona warna atau memastikan gambar anda lebih “vivid”. Tambahan pula Dazzle Mode ini akan mengekalkan keaslian gambar anda. Jadi tak lah nampak “fake” sangat kan?

Artistic Portrait

Ha, ini memang penting untuk mereka yang suka ambik gambar portrait. Mode Artistic Portrait nie akan memastikan kualiti gambar dari segi warna akan kekal optimum. Baru la boleh dapat gambar portrait ala majalah tu kan?

Kualiti Video 4K 60FPS, Pembesar Suara Stereo Dolby Atmos dan Kualiti Gambar yang AWESOME!

Zaman sekarang nie, orang dah tak pakai dah rakaman video 1080p. Oppo Reno kini menawarkan rakaman video resolusi 4k 60fps. Baru la sedap mata memandang bila rekod video.

Pembesar Suara Stereo + Dolby Atmos

Kepada anda yang suka mendengar lagu atau menonton video, tak kira la Netflix, Youtube dan macam-macam lagi, anda pasti terpesona dengan kualiti bunyi yang ditawarkan dengan Oppo Reno ini. Bukan calang-calang speaker diaorang, siap ada teknologi Dolby Atmos kot. Baru la feel bila layan video, tak gitu?

3. “Rising Front Camera”, 6.4 inci skrin panorama dan 2 Pilihan Warna Menarik

Salah satu perkara yang menarik tentang rekaan Oppo Reno 10x Zoom Edition ialah kejayaannya menyorokkan kamera hadapan, lampu suluh dan juga “earpiece”, sekaligus membolehkan kita menikmati paparan skrin penuh 6.4 inci yang sempurna. Kamera hadapannya akan naik ke atas dalam masa 0.08 saat apabila anda ingin mengambil ‘selfie’. Bab kualiti dan daya tahan tidak perlu dirisaukan kerana kamera hadapan Oppo Reno 10x Zoom Edition ini telah melepasi ujian “jatuh” sebanyak 200,000 kali. Paling best, kamera tersebut akan akan masuk ke dalam secara automatic sekiranya smartphone ini terjatuh secara tidak sengaja. Confirm tak akan rosak punya!!!

Cip Pemproses Qualcomm Snapdragon 855m dan 8GB RAM + 256GB ROM

Oppo Reno ini ditwarkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855m dan disertakan dengan 8GB RAM + 256GB ROM untuk memastikan prestasi yang boleh dikatakan “high-end” berbanding dengan model-model pesaing yang lain.

VOOC 3.0 + Hyperboost 2.0

Dengan bateri sebesar 4065 mAh, Oppo Reno 10x Zoom Edition menjanjikan masa penggunaan yang lebih lama berbanding telefon pintar yang lain. Selain itu penggunaan teknologi pengecasan VOOC 3.0 memendekkan tempoh cas dan 100% selamat digunakan.

Teknologi Hyperboost 2.0 yang juga ditawarkan dengan smartphone ini membolehkan anda bermain game tanpa sebarang “overheat”, jadi kalau main PUBG tu, tangan anda tu takda la rasa panas semacam.

2 pilihan warna gradient yang baru

Oppo Reno 10x Zoom Edition pasti akan membuatkan anda jatuh cinta dengan 2 pilihan warna di bawah:-

Ocean Green: menampilkan permukaan seperti kabus. Memberikan perasaan seperti ada cahaya yang sedang menyinari kabus tersebut.  Teksturnya adalah licin dan matte

Jet Black: menampilkan permukaan yang berkilat dan menggunakan tekstur lapisan di mana 3 tekstur berbeza menindih sesama sendiri sekaligus menyerlahkan warna gradient

Harga dan Maklumat Pra-Tempahan

Oppo Reno telah mula  dijual di pasaran Malaysia harga RM1999. Anda boleh membeli dan membaca info lebih lanjut tentang telefon pintar ini di:

OPPO Online Store: : http://bit.ly/2JaEd7E

OPPO Concept Store : https://www.oppo.com.my/page/stores

Untuk Oppo Reno 10x Zoom pula, ia baru sahaja dilancarkan pada 27 Mei lalu dengan harga RM3,399. Anda boleh membuat pra-tempahan Oppo Reno 10x Zoom dan layak mendapat hadiah PERCUMA di bawah:-

  • Warranty tambahan setahun yang bernilai RM139
  • Warranty skrin selama setahun yang bernilai RM139
  • Phone Stabilizer bernilai RM499

Boleh lakukan pra tempahan dan lihat spesifikasi dengan lebih mendalam di:-

OPPO Online Store: : http://bit.ly/2JaEd7E

OPPO Concept Store : https://www.oppo.com.my/page/stores

Memang berbaloi-baloi kan? Jadi tunggu apa lagi? Jom pulun seorang satu!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Wednesday, 29 May 2019

#Hiburan: Kekal Hubungan Baik Demi Anak, Netizen Puji Sikap Farah Lee Dan Ally Iskandar


Bukan semua orang boleh kekalkan hubungan baik dengan bekas suami mahupun isteri selepas bercerai. Tidak dinafikan, ramai yang ada ego tersendiri sehingga ada kalanya anak-anak yang menjadi mangsa.

Namun, apa yang dilakukan oleh Farah Lee dan bekas suaminya, Ally Iskandar harus diberikan pujian. Meskipun sudah berpisah, mereka bersikap profesional mengekalkan hubungan baik demi anak perempuan tercinta, Maream Esabel.

Instagram Photo

Ramai juga sebak dan terharu melihat rakaman video saat Maream mendakap erat ‘daddy’ tercinta sebaik sahaja tiba di lapangan terbang ketika pulang ke Malaysia. Luahan rindu antara bapa dan anak yang sudah lama tidak berjumpa.

Bagaimanapun, Farah menerusi akaun Instagramnya apa yang beliau kongsikan itu bukanlah bertujuan untuk meraih perhatian, sebaliknya mahu memberikan gambaran bahawa pasangan bercerai tidak semestinya harus bermusuhan.

Toleransi antara kunci utama untuk menjaga hubungan baik. Kami doakan mereka kekal harmoni begini sehingga selama-lamanya. Amin..


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Kantoi Curang Dengan Isteri Orang, Chef Fikree Sudah Bercerai?


Hati isteri mana yang tidak remuk dan sedih apabila suami yang dicintai sepenuh hati bermain kayu tiga.

Selepas kantoi curang dengan wanita sudah berkahwin, Chef Fikree Aznan membuat keputusan untuk berpisah dengan isterinya, Sharifah Zuriehan Ben Yahya.

Menerusi akaun Instagram, Zuriehan berkata Fikree sudah melepaskannya dengan cara baik. Tindakannya yang mendedahkan kecurangan suaminya di media sosial semata-mata bertujuan untuk mendapat perhatian chef tersebut.

Zuriehan berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan mendoakan dirinya.

Mendengar berita perpisahan itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Zuriehan dan mendoakan yang kebahagiaannya bersama anak tercinta.

Mungkin perpisahan ini adalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Kami harap Zuriehan akan terus tabah menghadapi dugaan ini. InshaAllah ada sinar bahagia untuk anda selepas ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas