Thursday, 25 April 2019

Malaysia: “Zaman Raja berkuasa mutlak sudah berlalu”


Profesor undang-undang di Universiti Malaya yang juga pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi. – Foto The Malaysian Insight

Shad Saleem Faruqi berpendapat era atau zaman Raja-Raja memiliki kuasa mutlak sudah berlalu berlalu meskipun ada individu termasuk cendekiawan yang beranggapan zaman itu masih kekal.

“Kita adalah monarki perlembagaan, bukan monarki mutlak. Ada orang yang bercakap mengenai kuasa mutlak. Tiada kuasa mutlak lagi,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Shad Saleem juga berkata bahawa negeri-negeri di Malaysia bukan berdaulat, tetapi “sebahagian daripada persekutuan” yang tertakluk kepada satu Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, semua cakap-cakap mengenai kedaulatan negeri adalah lebih (mengenai) politik daripada undang-undang,” katanya.

Katanya, walaupun kenyataan Mahathir bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu mungkin tidak tepat, namun beliau bersetuju dengan perdana menteri mengenai keunggulan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan bahawa hanya peruntukan dalam undang-undang negeri, dan bukan seluruh dokumen, akan terbatal jika bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Pada dasarnya, pendirian perdana menteri adalah betul, tetapi dia berlebihan mengatakan bahawa perlembagaan (negeri) terbatal.

“Kita harus ambil kira bahawa dia seorang doktor, dia bukan lulusan undang-undang. Oleh itu, saya tidak fikir dia harus dinilai dengan standard seorang peguam,” kata Shad Saleem dipetik Malaysiakini.

Beliau turut memetik Perkara 4 (1) dan 162 (6) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa dokumen itu adalah undang-undang tertinggi negara dan bagaimana setiap undang-undang yang tidak konsisten menjadi “tidak sah” dan perlu diperbetulkan.

Sekiranya undang-undang negeri tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, katanya, Perkara 71 (4) menyatakan bahawa Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk mengubahnya.

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

The post “Zaman Raja berkuasa mutlak sudah berlalu” appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment