Thursday, 11 April 2019

Malaysia: Zahid: Pemimpin Jepun bunuh diri bila gagal pinda perlembagaan


Presiden Umno Zahid Hamidi mendakwa pemimpin Jepun melakukan harakiri atau bunuh diri jika gagal mendapat sokongan majoriti bagi meminda perlembagaan.

Zahid berkata demikian mengulas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminda Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

“Saya tahu untuk meminda perlembagaan mereka harus dapat 2/3 manjoriti, ertinya harus ada 145 undi di Parlimen.

“Kalau di Jepun memang harakiri.

“Elok bunuh diri sebelum dibunuh, sebab mereka yakin dengan pindaan perlembagaan semalam, bagaimana soal hak rakyat Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian 1963 dicabar,” katanya seperti dilapor FMT dalam ceramah Program Ramah Mesra Bersama Zahid di Taman Angsamas, Rantau malam tadi.

RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 tidak lulus di Dewan Rakyat semalam kerana kerajaan gagal memperoleh sokongan 2/3 ahli Parlimen untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan.

Seramai 138 daripada 221 wakil rakyat menyokong pindaan itu, dengan 59 orang berkecuali.

RUU itu tidak boleh diteruskan untuk bacaan kali ke-3 kerana tidak mendapat sokongan majoriti.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

The post Zahid: Pemimpin Jepun bunuh diri bila gagal pinda perlembagaan appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment