Wednesday, 24 April 2019

Malaysia: Undang-undang tubuh Johor, Terengganu ‘terbatal’ bila Malaysia dibentuk – Dr Mahathir


Undang-undang tubuh Johor dan Terengganu terbatal dengan perlembagaan baru
yang diterima oleh semua negeri-negeri di Malaysia. – Foto The Malaysian Insight

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.

“Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelum ini dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri.

“Oleh itu pada 9 Mei, 2018, rakyat Malaysia mengundi untuk memilih kerajaan (Persekutuan) Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.

“Adalah penting bahawa semua orang menghormati perlembagaan dan mematuhinya. Kegagalan berbuat demikian akan menafikan peraturan undang-undang,” katanya dalam catatan blog beliau hari ini.

Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu dirangka pada tahun 1911 dan masih berkuatkuasa.

Perlembagaan negeri di semua negeri Tanah melayu adalah merupakan asas untuk pembentukan dewan undang negeri masing-masing serta memberi panduan terhadap pembentukan kerajaan negeri.

Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas pertelingkahan dengan istana Johor dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco). – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA TULISAN PENUH: Dr Mahathir: Perlembagaan rakyat Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

The post Undang-undang tubuh Johor, Terengganu ‘terbatal’ bila Malaysia dibentuk – Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment