Thursday, 11 April 2019

Malaysia: Tukar keris Umno ‘bersarung’ ahli tak tikam – Mohamad Hasan


Logo keris Umno tidak bersarung simbolik pertikaman lidah antara ahlinya. – Foto The Star

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan mengesyorkan lambang keris pada logo parti itu diubah dengan penambahan sarung.

“Jadi tidak timbul lagi soal masih lagi nak bertikam antara satu sama lain. Saya ingat nanti saya nak bawa cadangan ini ke Majlis Tertinggi.

“Lambang Umno keris itu mesti kena sarung. Sebab keris tak bersarung ini nak berentap dan bertikam sahaja antara satu sama lain. Bila dah duduk dalam sarung, keris itu duduk diam-diam,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Utama Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau.

Mohamad berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi bagi mengelakkan perbalahan sesama ahli sambil menggesa pemimpin Umno berhenti daripada membuat spekulasi mengatakan beliau akan menjadi perdana menteri seperti yang didakwa beberapa pemimpin BN sebelum ini.

Sementara itu portal FMT melaporkan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamididalam ceramahnya malam tadi mengingatkan ahli dan penyokong parti itu tidak mengamalkan “politik sate” iaitu budaya cucuk-mencucuk pemimpin, kerana ia boleh memecahbelahkan parti.

Mohamad pula menafikan berlakunya “tikam-menikam” antara beliau dan Zahid kerana semua tindakannya dimaklumkan kepada presiden Umno itu sepanjang memangku jawatan tersebut. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

The post Tukar keris Umno ‘bersarung’ ahli tak tikam – Mohamad Hasan appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment