Sunday, 28 April 2019

Malaysia: TMJ ingat dia orang besar, kata Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir dan Tunku Mahkota Johor. – Foto The Star

Dr Mahathir Mohamad berkata, hanya rakyat boleh mengubah kedudukannya sebagai perdana menteri dan perkara itu tidak boleh dilakukan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau juga berkata, Tunku Ismail bukanlah “orang besar”, sebaliknya mendakwa pemangku Sultan Johor itu “orang kecil”.

“Dahulu kita ingat, pada masa dahulu ada TMJ sudah ditukar, beri kepada adik dia. Jadi TMJ boleh tukar.

“Perdana menteri cuma rakyat sahaja yang boleh tukar, bukan dia. Dia ingat dia orang besar, dia bukan orang besar, dia orang kecil,” katanya dalam satu sidang media di Beijing sempena lawatan rasmi ke China, hari ini.

Bahkan Dr Mahathir turut meminta kerabat diraja dari selatan tanah air itu supaya mengundi menjatuhkan beliau.

“Kalau dia boleh undi, undilah bagi saya jatuh,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan Tunku Ismail berkata kepada peminat JDT daripada menukar jurulatih Benjamin Mora lebih baik tukar Perdana Menteri.

Hubungan antara Putrajaya dan kerabat diraja Johor dilihat tegang selepas Tunku Ismail secara terbuka menentang keputusan kerajaan meratifikasi Statut Rom.

Tekanan daripada kerabat diraja itu kemudiannya menyebabkan Kabinet memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang ditandatangani pada 4 Mac.

Ketka mengumumkan penarikan diri itu pada 6 April, Dr Mahathir berkata, ia berpunca daripada kekeliruan yang dicipta oleh orang tertentu “yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu”.

Tekanan daripada istana Johor turut dilihat sebagai punca menteri besar Johor, Osman Sapian melepaskan jawatannya pada 8 April lepas. Beliau dilihat mesra dengan Putrajaya.

“Ke bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak Sultan,” kata TMJ ketika itu.

“Saya harap menteri besar yang baru bukanlah ‘yes man’ Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Johor mesti diutamakan,” katanya.- Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post TMJ ingat dia orang besar, kata Tun Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment