Monday, 15 April 2019

Malaysia: Tiga dihukum penjara, rancang culik Najib, Zahid, Hishammuddin, Khairy


Tertuduh kes culik Najib, Hishammuddin, Zahid dan Khairy.  – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Seorang warga Indonesia dipenjara 12 tahun manakala dua bekas tentera rakyat Malaysia masing-masing dipenjara lapan tahun, oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana berkomplot mempromosikan keganasan.

Warga Indonesia Ali Saifuddin, seorang juruteknik yang bertaraf pemastautin tetap Malaysia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun manakala kedua-dua rakyat Malaysia, Nor Azmi Jailani dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, masing-masing dipenjara lapan tahun.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Vernon Ong Lam Kiat, Zabidin Mohd Diah dan Has Zanah Mehat memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan iaitu 5 April 2015.

Panel hakim memutuskan Ali, 31; Nor Azmi, 32; dan Mohd Yusri, 32, bersalah pada 8 April lepas atas pertuduhan berkomplot mempromosikan aktiviti berkaitan keganasan di Malaysia antara 30 Jan dan 6 April 2015 di sebuah rumah di Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang, Kedah dan menetapkan hari ini untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman.

Menurut bukti yang digunakan di Mahkamah Tinggi, ketiga-tiga mereka dikatakan terlibat dalam beberapa siri perbincangan dengan anak seorang militan Daesh mengenai rancangan menculik empat bekas menteri termasuk Perdana Menteri Najib Razak sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Tiga lagi menteri yang disasarkan ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Anak bekas militan Daesh, Abu Daud Murad Halimmuddin sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah berkomplot untuk mempromosikan keganasan di Malaysia manakala bapanya, Murad Halimmuddin Hassan, dihukum penjara 18 tahun.

Bagaimanapun Murad Halimmuddin dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 2017.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim, yang menjalankan pendakwaan, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap ketiga-tiga lelaki itu, dengan mengatakan bahawa kesalahan yang mereka lakukan termasuk menggunakan agama Islam untuk kepentingan peribadi mereka adalah serius kerana tindakan mereka boleh menjejaskan orang yang tidak bersalah.

Peguam Louis Liaw Vern Xien, Farida Mohammad dan Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar, yang masing-masing mewakili Ali, Nor Azmi dan Mohd Yusri, memohon hukuman ringan memandangkan anak guam mereka tidak memainkan peranan utama untuk memulakan rancangan itu.

Liaw berkata ia adalah idea Abu Daud yang merancang untuk mencuri senjata api dan melakukan penculikan.

Beliau berkata tiada bukti rancangan itu dijalankan dan justeru ia tidak melibatkan kehilangan nyawa dan harta.

Pada 8 April tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan ketiga-tiga lelaki itu daripada – Bernama Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Tiga dihukum penjara, rancang culik Najib, Zahid, Hishammuddin, Khairy appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment