Friday, 19 April 2019

Malaysia: Tidak sertai PH, PAS tak kesal tak dapat jadi menteri


Nik Amar menafikan PAS kesal tidak menyertai PH berbanding pemimpin AMANAH yang kini menjadi menteri. – Foto FMT

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah dipercayai menyindir Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kini menteri pertahanan sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam meski memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan.

Selain itu Nik Amar berkata, PAS tidak sesekali menyesal dengan keputusan untuk tidak bersama PH pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Nak banding dengan seorang dua dalam kabinet, rasanya cerdik ambo (saya). Ambo rasa cerdik ambo.

“Selepas PRU ke-14 wartawan tanya presiden [Hadi Awang], PAS tak menyesal ke tidak bersama PH dan beliau jawab mudah.

“Sikit pun tak disesalkan. Tiada kesalan walaupun kita tak dapat apa-apa.

“Sebab matlamat kita matlamat Islam. Kalau kita duduk di Putrajaya boleh jadi menteri pun.

“…tapi kalau setakat boleh naik kereta besar, gaji besar, bini boleh rasmi kapal tapi kita tak boleh bercakap bab Islam buat apa?

“Dijaga (kawal) bukan main dengan kereta kebal, askar tetapi nak jaga Islam tak boleh.

“Itu benda penting untuk kita ingat, jadi bagi kita kepentingan Islam lebih utama. Saya sengaja sebut nak bagi kita faham,” katanya dipetik Malaysiakini ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Isu perasmian sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia oleh isteri menteri pertahanan menjadi tumpuan umum, malah dikritik pelbagai pihak walaupun ia adalah amalan tradisi dalam institusi pertahanan itu.

Untuk rekod, pemimpin PH sering menyindir ahli politik PAS sebagai perasan suci dan mereka sahaja lebih Islam dari orang lain. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Tidak sertai PH, PAS tak kesal tak dapat jadi menteri appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment