Saturday, 20 April 2019

Malaysia: Tengku Maimun bakal Ketua Hakim Negara?


Hakim Mahkamah Persekutuan Tengku Maimun Tuan Mat merupakan salah satu daripada tiga nama yang dihantar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada Majlis Raja-Raja untuk dipertimbangkan bagi menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara, lapor The Malaysian Insight.

Tengku Maimun akan menjadi ketua hakim wanita yang pertama negara sekiranya terpilih menggantikan Richard Malanjum.

Tengku Maimun berkhidmat sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2006 sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi seterusnya dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan Nov 2018.

Menurut The Malaysian Insight calon kedua yang dihantar adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Azhar Mohamed, seorang tokoh dalam bidang kehakiman dan sudah berkhidmat selama 40 tahun. Dia dinaikkan ke mahkamah tinggi pada 2014, kira-kira 10 tahun selepas dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman pada 2014.

Nama ketiga yang dihantar menurut TMI ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun.

Idrus merupakan abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun dan pernah berkhidmat sebagai ketua peguam cara negara dan penasihat undang-undang kepada SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Tengku Maimun bakal Ketua Hakim Negara? appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment