Tuesday, 16 April 2019

Malaysia: Tak pelik isteri Mat Sabu rasmi kapal TLDM, kata penganalisis pertahanan


Isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi merasmikan LMS Keris iaitu kapal pertama LMS untuk TLDM di Wuhan, China. – Foto Bernama

Tiada yang pelik apabila isteri orang-orang kenamaan dipilih menjadi perasmi penamaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kerana ianya merupakan tradisi unik yang diamalkan seluruh dunia.

Sinar Harian melaporkan penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, oleh itu bukanlah menjadi suatu yang aneh apabila isteri kepada Menteri Pertahanan dipilih untuk menjadi perasmi dalam upacara berkenaan.

“Setiap kapal di dalam armada TLDM ada sejarahnya tersendiri, sejarah sebelum ini telah membuktikannya, misalnya, KD Laksamana Tan Pusmah ialah sebuah Kapal Penyerang Laju Korvet Kelas Assad yang dibina di Limbungan Fincantieri Marghera, Venice, Itali pada Februari 1982.

“Kapal ini telah dilancarkan oleh Datin Seri Kamariah Buang iaitu isteri kepada Panglima Tentera Laut pada masa itu,” katanya mengulas penularan gambar isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi di Wuhan, China yang merasmikan LMS Keris iaitu kapal pertama LMS untuk TLDM.

Zaki berkata, malah pada 3 Disember 1994, Datin Seri Rosmah Mansor isteri kepada Menteri Pertahanan ketika itu, pernah merasmikan KD Lekiu.

“Penamaan dan pentauliahan KD Laksamana Muhammad Amin telah disempurnakan oleh Tunku Maziah Tunku Mustapha, iaitu isteri kepada Menteri Pertahanan 31 Julai 1999,” katanya.

Jelasnya dalam tradisi asal botol minuman akan dipecahkan dalam kapal berkenaan ianya hanyalah adat kepercayaan dulu-dulu kononnya jika botol itu tidak pecah bermakna kapal tersebut bernasib malang. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Tak pelik isteri Mat Sabu rasmi kapal TLDM, kata penganalisis pertahanan appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment