Saturday, 20 April 2019

Malaysia: Suhakam terkejut PH kekal Sosma, Pota, Poca undang-undang zalim


Pesuruhjaya Suhakam, Aishah Bidin [kiri, sekali]. – Foto Free Malaysia Today

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyatakan rasa terkejut kerana kerajaan Pakatan Harapan [PH] tidak mahu mengubah beberapa undang-undang yang dianggap zalim walaupun telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkajinya lapor Malaysiakini.

Pesuruhjaya Suhakam, Aishah Bidin yang juga anggota pasukan petugas khas berkenaan berkata demikian ketika pelancaran laporan tahunan suruhanjaya itu bagi tahun 2018, semalam.

“Apa yang menarik pada tahun lepas, terdapat satu jawatankuasa pasukan petugas khas untuk mengkaji undang-undang keselamatan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 dan lain-lain lagi.

“Apa yang mengejutkan, sudah tentu, kami mempunyai banyak mesyuarat tetapi kemudiannya kami dapati hasilnya mereka tidak berniat mahu mengubah undang-undang ini.

“(Mereka cuma menggesa) moratorium bagi Akta Hasutan 1948,” katanya dipetik Malaysiakini.

Tidak lama selepas PH menang PRU14, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji semula senarai undang-undang zalim dan peruntukannya selaras dengan janji manifesto pilihan raya gabungan itu.

Walau bagaimanapun, beliau kemudian berkata Sosma dan Pota khususnya akan dikekalkan dengan beberapa pindaan, mengundang kritikan meluas NGO yang mahu undang-undang berkenaan dimansuhkan.

Muhyiddin kemudian berkata undang-undang tersebut akan terus dikaji. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Suhakam terkejut PH kekal Sosma, Pota, Poca undang-undang zalim appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment